Wednesday, November 17, 2010

Mencari cahaya

Cerita di bawah dipetik dari ruangan agama Utusan Malaysia 17 November 2010. Tersentuh dengan cerita yang dipaparkan untuk dijadikan iktibar dan muhasabah diri. Betapa nipis iman yang dimiliki apabila tidak dapat merasa segalanya pinjaman semata, sebaliknya yang digenggaman seolah hak mutlak diri tanpa merasa kebesaran Ilahi. Pengajaran yang baik untuk diri saya yang sangat jahil.

APABILA Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah di Bukit Tursina, seluruh gunung-ganang di situ bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur sehingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-NYA.

Nabi Musa sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan kuat dan akhirnya pengsan.

"Samalah juga sepatutnya apabila bertemu dengan Nabi Isa yang dikatakan anak tuhan, pasti manusia akan jatuh pengsan juga." Begitulah yang difikirkan secara logik akal oleh Jerry Duane Gray, 50, mengenai soal ketuhanan pada zaman remajanya dahulu.

"Tetapi saya percaya tuhan itu wujud dan saya ingin sekali masuk ke syurga untuk bertemu dengan-NYA tetapi bagaimana? Lalu ketika itu, saya selalu berdoa agar saya diberi petunjuk yang benar mengenai tuhan, siapakah tuhan yang sebenarnya dan bagaimana saya dapat menjadi hamba-Nya yang baik" kata Gray.

Dilahirkan di Wiesbaden Jerman namun berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia tiga tahun.

Pada zaman muda, Gray mengikuti pengajian kejuruteraan penerbangan di Universiti Hawaii, Amerika Syarikat.

Sebaik menamatkan pengajian, Gray terus mendapat tawaran pekerjaan yang sangat lumayan iaitu menjadi sebahagian daripada pasukan penyelenggaraan pesawat peribadi milik Raja Fadh yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Namun Gray menolak tawaran itu mentah-mentah.

"Saya tolak tawaran itu kerana saya bimbang akan dibunuh oleh orang Islam. Malah saya sanggup untuk menganggur daripada menerima tawaran tersebut," katanya.

Gray benar-benar memilih untuk hidup sebagai penganggur. Sama ada 'terhormat' mahupun tidak, dia hanya tinggal dalam sebuah kereta di hujung sebuah dermaga di tepi laut di Hawaii.

Untuk memenuhi tuntutan perut yang lapar, Gray hanya memancing ikan. Jika beroleh ikan, maka dapatlah dia mengisi perut. Jika tidak, beliau sanggup kelaparan dengan hanya meneguk air paip yang ada di situ.

Begitulah kehidupan melarat Gray selama enam bulan sebagai penganggur.

"Saya hanya mampu menangis dan memohon agar tuhan memberikan jalan keluar daripada kehidupan yang dirasakan sangat perit ini," katanya.

Tuhan seolah-olah mendengar permintaan Gray, apabila sekali lagi beliau dihulurkan dengan tawaran yang sama, iaitu bekerja untuk Raja Fahd.

"Tetapi saya menganggap tawaran itu sebenarnya sebagai tanda tuhan murka kepada saya sehinggakan saya tidak mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain, malah disuruh juga saya supaya ke Arab Saudi," katanya.

Gray menerima nasihat seorang teman dan akhirnya dengan hati yang berat Gray pun berangkat ke Jeddah.

Namun belum lama Gray di sana, beliau telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang disifatkan sebagai luar biasa.

"Iaitu satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang saya bayangkan selama ini apabila bercakap mengenai Arab dan Islam.

"Ternyata umat Islam di sana begitu taat terhadap tuhan mereka dan lebih mengharukan saya, kalangan orang Arab itu sendiri sebenarnya begitu baik terhadap saya, seolah-olah saya seperti saudara mereka. Belum sempat saya membuka mulut, mereka sudah tahu apa bentuk bantuan yang saya perlukan," katanya.

Pemandangan yang paling menarik bagi Gray apabila umat Islam akan segera meninggalkan apa sahaja yang sedang mereka lakukan apabila azan mula berkumandang untuk segera bersolat.

"Pada suatu hari saya berada berhampiran dengan sebuah kedai emas dan secara tiba-tiba kedengaran suara azan. Apa yang berlaku amat mengejutkan saya apabila kedai emas itu dibiarkan sahaja terbuka sedangkan tiada sesiapa di dalamnya, baik pelanggan mahupun penjualnya.

Begitu juga yang berlaku di jalan raya yang sebelum ini bersimpang siur dengan kenderaan dan mereka yang berjalan kaki bertukar menjadi sepi dan lengang.

Hanya sesekali Gray melihat beberapa anggota polis yang akan menegur mereka yang lewat untuk pergi bersolat.

Tidak lama kemudian, tuan punya kedai emas kembali semula ke kedainya dan apabila melihat Gray terpaku di hadapan kedainya, lalu dia pun bertanya; "Mengapa kamu berdiri sahaja di sini, masuklah ke dalam kedai?"

"Saya tidak mahu masuk kerana bimbang saya disangka pencuri dan lebih teruk saya akan ditahan dan akibatnya tangan saya ini akan dipotong!" jawab Gray.

"Masuk sahajalah ke dalam kedai saya ini, kerana semua ini adalah milik Allah, bukan saya yang punya.

"Malah kamu boleh mengambil apa sahaja di sini kerana mungkin kamu lebih memerlukan berbanding saya kerana seperti yang saya katakan tadi bahawa semua itu adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah jua," kata pemilik kedai itu sambil tersenyum.

Gray bagaikan hendak menangis mendengarkan kata-kata tuan punya kedai emas itu, kerana ucapan yang begitu tulus itu membuatkan hatinya begitu terusik dan terharu.

"Saya percaya dia mempunyai iman yang sangat kuat dan saya ingin sekali mempunyai iman yang seperti itu.

Peristiwa ini membuatkan Gray semakin tertarik untuk mengenali Islam dan beliau sangat suka berbincang mengenai islam bersama rakan-rakan Islam yang lain terutamanya Ahmad, rakannya yang merupakan seorang anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Arab Saudi.

Tidak sekadar mereka sering berbincang bersama, malah Ahmad juga memberikan senaskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada Gray

Friday, November 5, 2010

Malaysia oh tanah air ku...12

Terkini

ALOR SETAR 5 Nov. - Dalam kekalutan penduduk daerah Kota Setar menghadapi musibah banjir, ada pihak yang tidak berhati perut tergamak membuang janin di dalam bungkusan beg plastik di depan Hotel Sentosa Regency, Jalan Lumpur di sini hari ini.

Bungkusan plastik berwarna kuning itu dijumpai di depan kawasan letak kereta di depan hotel berkenaan oleh dua pekerja hotel tersebut kira-kira pukul 11 pagi ini.

Pekerja terbabit Nor Hamidah Che Long, berkata, kawasan jalan raya di depan hotel tersebut mula dilimpahi air awal pagi dan hanya kawasan di depan tempat letak kereta tersebut masih tidak ditenggelami air.

"Saya curiga dengan kandungan bungkusan tersebut lalu mengajak kawan saya, Saidatul Zainuddin untuk pergi melihat isi kandungan beg plastik kuning tersebut.

"Bila buka bungkusan tersebut saya nampak janin bayi yang masih ada tali pusat, uri dan bungkusan itu dipenuhi darah," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia terkejut kerana darah tersebut masih baru dan janin bayi tersebut hancur.

"Tangan dan kakinya jelas nampak namun jantinanya tidak dapat dipastikan.

"Selepas itu, saya terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan mengenai kejadian ini," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan janin tersebut dan sedang mengesan pihak bertanggungjawab.

Wednesday, November 3, 2010

Resepi ikang singgang ganu kiter

Atas permintaan seorang teman yang minta aku masuk kan resepi ikang singgang kegemarang ku, maka nya aku tunaikan hasrat beliau kerana sangat mudah memasak ikang singgang semudah bid di ebay, yang penting ada duit nya untuk bid, dan untuk ikang singgang, ada ikang nya..

Keperluang:

ikang tak dok sisik (ikan tongkol or sardin/selayang or kembung pong boleh gok la or makeral or salmon)
lengkuas (aku selalu guna halia bila ndak jumpa lengkuas)
bawang putih 1@2 ulas
cili padi (ikut tahap kekuatan diri menahan kepedasan, 5@6 biji cukup lah)
kunyit hidup (serbuk pun boleh dlm keadaan darurat)sedikit sahaja bg tukar color airnya saja
asam keping 1@2 keping
buah tomato 1@2 biji

Senang jak.. bersihkan ikang nya
Masuk kan air ke dalam periuk (ikut keinginan menghirup kuah, kalau Su kawan ku yang suka menghirup kuah, perlu banyak lah airnya tapi kalau banyak airnya banyak juga lah ramuan nya)
Campak kan ke dalam periuk segala yang telah di potong halus kecuali buah tomato (cili padi di potong dua atau dimasukakn terus tanpa di potong)dan jgn pula dipotong asam keping, masukkan terus
Tunggu sehingga mendidih kemudian masuk kan ikan.
Bila ikan sudah betul hampir masak baru di masukkan buah tomato yang di potong empat atau ikut selera memotong.
Ops... garam secukup rasa dan sedikit gula

Siap sudah.. sedia di hidang...

Untuk menambah selera dan kena regu nya kata org terengganu, cari lah budu atau sambal belacan atau air asam... potong kecil cili, bawang besar dan buah tomato.. emmm...

Teringat perihal ikan singgang.. pernah dulu.. dulu pernah aku tinggal serumah dengan beberapa orang adik-adik, di suatu ketika, di sebuah negeri. Salah seorang adinda ku itu memaklumkan pada ku bahawa beliau sangat tidak menyukai ikan tongkol, orang terengganu panggil ikan aya (sebutan nya ikang aye). Maksudnya, harapan nya agar tidak lah aku dengan sengaja memilih ikan tersebut untuk dimasak kerana biasanya rajin juga aku masuk ke dapur, almaklum dah bergelar kakak kena lah lebih rajin dari adik-adik.

Satu hari tu, puas aku berpusing-pusing di market basah mencari ikan yang sesuai, tapi kerana aku hadirkan diri agak lewat, makanya tidak banyak pilihan yang tinggal. Ada beberapa jenis ikan yang tidak aku ketahui namanya dan pastinya tidak lah tahu bagaimana memasaknya. Makanya, terpaksalah aku membeli ikan tongkol walaupun terngiang ditelinga ku kata-kata dindaku sorang. Penjual ikan itu membuat jasa dengan tawaran menarik. Get 5 for the price of 2, nak tutup gerai katanya. Hah.. banyak nya ku angkut ikan tongkol pada hari itu. Sepanjang perjalanan pulang benak ku berputar-putar mencari idea untuk menangani masalah ikan tongkol yang banyak itu. Tika kereta membelok ke selekoh akhir taman perumahan ku, aku tersenyum.. yeah.. aku tahu apa nak buat...

Di dapur aku menyelongkar kabinet, mencari periuk paling besar. Jumpa. Ya boleh muat, sudah cukup besar untuk 5 ekor ikan tongkol ku. Segalanya ku sediakan mengikut keperluan, akhirnya.. masaklah ikan singgang ku dalam sebesar-besar periuk, macam masak lauk nasi dagang untuk jamuan hari raya! Getus hatiku. Tak apalah banyak pun, ikan singgang ni, lagi lama lagi sedap, makin dihangatkan di atas dapur, makin pekat kuahnya, makin keluar segala rasa bahan-bahannya. Teringat arwah ayahda ku, ikang singgang juga masakan wajib tetapi arwah tidak akan makan ikan singgang yang baru dimasak sebaliknya menunggu sehingga likat kuahnya.

Tika berehat-rehat di ruang tamu setelah penat berperang dengan 5 ekor ikan tongkol, dinda ku pulang dan terus menuju ke dapur. Dia minta izin untuk makan kerana sangat lapar. 'Makanlah' jawabku selamba. Aku memerhatikan saja gelagatnya dari jauh. Dia makan nasi berlauk ikan singgang dan ulam sambil menyicah air asam dengan seleranya. "Betul lah sangat lapar" bisik hatiku. Kemudian dia minta izin untuk meratah lauknya saja, "tak apa, makanlah, banyak tu.." jawab ku sambil senyuman terukir dibibir... hemmm....

Selesai makan dia datang dan duduk bersamaku. Aku memula bicara.. 'seingat akak, awak kata awak tak suka ikan tongkol kan?' ... "ha ah.. tak suka sangat, memang tak pernah makan pun" jawabnya pantas. Aku tersenyum mendengar jawapan itu. 'Kenal ikan tongkol yang mana satu?' tanya ku lagi. "Eh... mesti lah kenal kak.. tak kan ikan tongkol pun tak kenal, saya orang Malaysia lah kak"... Hahaha.. pecah gelak ku... 'ok.. tadi awak makan ikan apa ya', tanya ku lagi, memancing... "ikan singgang la kak, apa la kakak ni..." jawab nya yang mula kelihatan malas melayan soalan-soalan ku, mengantuk mungkin kerana makin rendah badan nya di jatuhkan ke sofa. 'Ya sayang, ikan singgang masakan nya, tapi ikan apa yang diguna?' aku tersenyum lagi, geli hati ku tak tertahan-tahan...

"ikan apa kak?" tanya nya. Aku senyum.. diam.. tak menjawab... "ikan apa kak?" tanya nya lagi... aku senyum lagi buat-buat tak dengar pertanyaan beliau dan buat-buat membaca majalan di tangan ku... "kakak, ikan apa?" sepi... tak berjawab... tiba-tiba..."hah?" Terus duduk tegak terpacak di sofa.. "ikan tongkol?" Hahahaha.... aku terus tergelak besar.. sebesarnya... memecah hening tengahari itu... merah muka nya menahan geram dan malu mungkin... aku memeluk bahunya... 'ya sayang ikan tongkol... sedap tak ikan tongkol?'

"kenapa tak bagitahu?" Muncungnya saja dibuat-buat panjang.. 'tak apalah tak bagitahu, kan dah selamat setengah periuk awak meratah' aku senyum lagi.. dia pun tergelak besar dan terus merebah badannya ke sofa sambil menutup muka nya dengan bantal... "terima kasih kak, sedap ikan tongkol" katanya tersenyum. Aku membalas senyuman...

Alhamdulillah sehari semalam saja mampu bertahan, licin seperiuk ikang singgang tersebut. Baguslah dari dibuang-buang tak berkat rezeki jika membazir.


ikang singgang...

Monday, November 1, 2010

Malaysia oh tanah air ku...11

Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak

SIBU 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah.

Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.

Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam

Malaysia oh tanah air ku...10

Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi lebih dua tahun lalu.

Tertuduh, Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Yusoff Yunus.

Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.

Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Jan 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp. Marzita Subaker

Malaysia oh tanah air ku...9

Mayat bayi ditemui dalam longkang

KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama.

Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.

Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.

“Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat

Malaysia oh tanah air ku...8

Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis

SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau.Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.

Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.

Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.

“Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.

“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.

“Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.

“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya.

Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan

Malaysia oh tanah air ku...7

Lagi mayat bayi ditemui

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.

Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.

Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.

“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.

Zainal Rashid berkata, siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat.

Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.

Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.

“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya

Malaysia oh tanah air ku...6

Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi

MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam sepasang remaja menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai, enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini.

Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu.

Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah.

”Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,” katanya.

Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar.

”Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,” katanya.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing.

Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.

Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit

Malaysia oh tanah air ku...5

Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan

IPOH 15 Sept. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini.

Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk pemeriksaan lanjut

Malaysia oh tanah air ku...4

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.

Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.

Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.

Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya.

Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.

“Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan.

Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Malaysia oh tanah air ku...3

KOTA BHARU 15 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu, hari ini.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi.

Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus membuka pintu dan mendapati bayi perempuan yang diselimut dengan kain lampin serta tuala itu diletakkan di atas beranda rumahnya

Malaysia oh tanah air ku....2

Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.

Tidak cukup dengan itu, seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura kononnya ‘menemui’ seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam semalam.

Difahamkan, bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini.

Gadis tersebut yang berusia 20 tahun, dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui ramai.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff memberitahu, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, hasil siasatan, polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan.

“Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Ibrahim berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan

Malaysia oh tanah air ku... 1

BALING 12 Okt. – Seorang bayi lelaki baru lahir berbalut dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini.

Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.

Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya.

Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu.

Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.

Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui pada jarak tiga kaki dari mereka berdiri.

Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan taska terbabit, dua guru terbabit membuat siasatan hingga menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu.

Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, Amelia Shatirah Dorahim berkata, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik taska membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mohd. Daut Md. Hasan mengesahkan, polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini
untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. – BERNAMA

Ke mana hilangnya nilai-nilai murni rakyat Malaysia..

PULAU PINANG 31 Okt. – Seorang wanita tidak menyangka tindakannya menegur anak jirannya yang membuat bising di depan rumah membawa padah apabila diserang oleh ibu bapa kanak-kanak itu sehingga dia mengalami patah kaki kanan dan hidung.

Dalam kejadian pukul 6 petang, Rabu lalu, mangsa yang berusia 43 tahun bukan sahaja ditumbuk malah dipijak oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Lebih malang lagi, cucu dikendong berusia sebulan terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai semasa diserang suami isteri yang tinggal di depan rumahnya di Teluk Kumbar di sini.

“Niat saya hanya menegur anak mereka agar tidak bersikap kurang ajar dan membuat bising di hadapan rumah disebabkan cucu saya ketika itu sedang tidur.

“Tiba-tiba selang beberapa minit, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu datang menyerang lalu menumbuk muka sehingga rebah sebelum saya dipijak-pijak mereka.

“Cucu saya terpelanting dan saya ketika itu tidak terdaya lagi disebabkan kaki kanan saya sudah tidak rasa apa-apa lagi,” katanya yang enggan identitinya dikenali ketika ditemui di sini, hari ini.

Tak ada lesen boleh bawa bas? Oh Malaysia...

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Beberapa persatuan pengguna hari ini mendesak agar pihak berkuasa menggenakan hukuman yang berat kepada pengusaha bas yang mengambil pemandu yang tidak memiliki lesen memandu.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, tindakan pengusaha bas terbabit bukan sahaja mempersendakan undang-undang negara tetapi turut menjejaskan keselamatan penumpang.

"Bagi memastikan undang-undang negara dipatuhi, pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan untuk memastikan setiap pemandu di jalan raya terutamanya mempunyai lesen memandu.

"Kita tidak boleh memandang remeh perkara tersebut kerana ia melibatkan keselamatan pengguna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar mengesahkan, pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah dekat sini didapati tidak mempunyai lesen memandu.Sementara itu, Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah berpendapat, hukuman yang berat perlu dikenakan kepada syarikat bas terbabit kerana telah mengakibatkan kemalangan yang membabitkan kehilangan nyawa.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan meningkat syarat kelayakan untuk menjadi pemandu pengangkutan awam bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

"Kita tidak mahu nyawa pengguna melayang begitu sahaja hanya kerana sikap sesetengah syarikat yang mementingkan keuntungan," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, syarikat pengusaha bas perlu menjalinkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

"Melalui kerjasama itu, saya percaya dapat membantu mereka memiliki pemandu yang betul-betul berkelayakan untuk bekerja dengan mereka," katanya.

Thursday, January 14, 2010

Jangan Mengeluh

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Monday, January 11, 2010

Dosa besar - Mengumpat

AKHLAK atau budi pekerti yang baik merupakan darjat paling tinggi bagi umat Islam. Akhlak yang baik akan menentukan kuat atau lemahnya suatu bangsa atau negara. Apabila suatu bangsa sudah tidak memiliki moral yang baik maka bangsa itu sedang menempuh jalan kehancuran.

Mengenai akhlak terhadap sesama manusia, al-Quran memberi petunjuk bukan hanya dalam bentuk larangan melakukan hal-hal yang negatif seperti membunuh, tetapi juga memaki hamun, menyakiti hati dengan cara menceritakan aib seseorang di belakangnya tanpa mempedulikan aib itu benar atau salah.

Memperkatakan sesuatu menyentuh peribadi seseorang sehingga boleh mencemar kewibawaannya di khalayak ramai atau memperkatakan sesuatu yang bukan menyentuh peribadi dengan maksud untuk menjatuhkan seseorang tanpa pengetahuan orang yang diperkatakan, maka itu adalah umpatan.

Keangkuhan yang ada pada diri seseorang juga menyebabkan dia mengumpat orang lain akibat tidak dapat menerima hakikat yang orang lain itu lebih baik dan lebih mulai daripada dirinya. Dia berbuat begitu kerana merasakan dirinya lebih layak dan terbaik atau lebih baik lalu merendah-rendahkan orang tersebut.

Dalam hal mengumpat, jumhur ulama telah sepakat mengatakan bahawa ia adalah satu perbuatan keji dan dosa besar. Pengumpat, pemfitnah termasuk dalam kategori pencela yang mana mereka itu semuanya dijanjikan dengan azab neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” (Surah Al-Humazah ayat 1).

Memang tidak dapat dinafikan dalam keadaan tertentu membicarakan tentang kedurhakaan seseorang itu diharuskan. Namun persoalannya apakah orang yang diumpat itu sudah nyata dari segi kefasikan dan kekejian perbuatannya atau sekadar prasangka buruk kita sahaja tanpa bukti yang sahih dan kukuh. Imam Malik meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Jauhilah berprasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta. Janganlah kamu meneliti rahsia orang lain, mencuri dengar, bersaing yang tidak baik, saling mendengki, saling membenci, saling membelakangi. Jadilah kamu ini sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

Dalam hadis lain,

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apakah kamu sekelian tahu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Lalu Nabi bersabda: “Kamu menceritakan sesuatu tentang diri saudara kamu yang ia tidak sukai.” Salah seorang sahabat bertanya: “Bagaimana pendapat tuan hamba, jika apa yang saya perkatakan itu memang ada pada diri saudara saya. Baginda menjawab: “Walaupun apa yang kamu perkatakan itu memang ada pada diri saudara kamu, ia tetap ghibah terhadapnya. Dan sekiranya tidak ada maka engkau telah melakukan dusta terhadap dirinya.” (Riwayat Muslim).

Keji
Justeru larangan mengumpat sangat keras (dosa besar dan keji), maka Allah menyerupakan perbuatan ghibah (mengumpat) dengan memakan daging manusia yang sudah menjadi bangkai.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Setiap harta, kehormatan dan darah seorang muslim adalah haram atas Muslim lainnya. Cukup buruklah seseorang yang merendahkan saudaranya sesama Muslim.”

Dalam sebuah hadis dinyatakan berkaitan dengan keburukan mengumpat sebagaimana sabda Nabi s.a.w.

“Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih teruk dosanya daripada perbuatan zina. Mereka(para sahabat) bertanya: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” Nabi bersabda: “Orang lelaki berzina lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Adapun orang yang mengumpat, tidak akan diampuni, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu. “Manakala balasan yang disediakan untuk orang mengumpat ialah sebagaimana sabda Nabi maksudnya: “Orang-orang yang mengumpat, orang-orang yang mencela dan orang yang melaga-lagakan orang serta orang yang membuat hina atau cela terhadap orang yang bersih daripada sifat keji atau cela itu. Maka nanti di hari Kiamat mereka semua akan dikumpulkan atau himpunkan dalam rupa anjing”.

Antara lain, orang yang mengumpat itu akan diambil pahala dan kebajikan yang dia lakukan serta diberikan kepada orang yang diumpatnya pada hari kiamat nanti sebagai balasan.

Islam melarang keras perbuatan menghina, mencela, memfitnah orang lain kerana dengan perbuatan-perbuatan itu boleh menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan. Perbuatan seumpama itu boleh menjatuhkan maruah orang yang terlibat. Malah perbuatan seperti ini amat tidak sesuai sama sekali dengan orang beriman, kerana orang beriman itu hendaklah sentiasa menyedari dirinya juga lemah, kurang dan ada keburukan.

Namun orang yang tidak beriman atau tidak benar-benar beriman sahaja yang lupa diri dan sengaja atau sentiasa mencari kelemahan dan mendedahkan keburukan atau kelemahan orang lain.
Mengumpat adalah satu sikap daripada beberapa sifat akhlak buruk yang harus dihindarkan daripada menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.”

Sesiapa sahaja yang sengaja mencari jalan kelemahan seseorang yang lain dan mengintai-intai keaiban orang lain, sesungguhnya orang itu tidak dijamin keselamatannya. Sebaliknya bukan keaiban orang yang disebarnya terdedah kepada orang tetapi keaibannya juga akan terbuka dengan sendirinya.
Allah akan mendedahkan kelemahan di dalam lingkungan rumah tangganya sebagai balasan ke atasnya yang suka mencari-cari kelemahan dan aib orang lain.

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik. Lisannya tidak pernah digunakan untuk memfitnah atau mengumpat, menyinggung perasaan orang lain, kata-kata kasar atau kotor atau untuk menghina orang lain.

Ketika kita berbeza pendapat apa yang harus dilakukan ialah selalu memegang teguh etika Islam iaitu tidak menghilangkan etika bicara yang baik dan sopan. Perkataan yang baik atau sopan merupakan kunci pergaulan yang boleh mengeratkan tali persahabatan yang abadi.

Di dalam al-Quran disebut dengan bermacam-macam istilah termasuk Qaulan maruf (perkataan yang baik) Surah al-Nisa:5; Qaulan baligha (perkataan yang menyentuh perasaan) Surah al-Nisa: 63; Qaulan sadida (perkataan yang lurus dan bermakna) Surah al-Ahzab: 70; Qaulan karima (perkataan yang mulia) surah al-Isra: 23; Qaulan ahsan (perkataan yang terbaik) surah Fuhshilat: 33; Qaulan layyina (perkataan yang lemah lembut) surah Thaha: 44; Qaulan azhima (perkataan yang agung) surah al-Isra: 40; Qaulan thayyib (perkataan yang bersih/baik) surah al-Hajj: 24.

Kita sesama Islam hendaklah menjaga dan mempertahankan nama baik dan kehormatan sesama Muslim.

Thursday, January 7, 2010

Ketinggian darjat orang fakir

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa suatu ketika orang-orang fakir mengadu kepada Rasulullah "Ya Rasulullah orang-orang kaya boleh mengerjakan semua amal kebaikan, mereka pergi haji, bersedekah, sedangkan kami tidak. Dan apabila mereka sakit mereka boleh mengirimkan harta simpanan".

Rasulullah lantas bersabda, "sampaikan kepada orang-orang fakir, barang siapa sabar dan ikhlas maka dia akan mendapat tiga kelebihan yang tidak akan didapati oleh orang-orang kaya. Kelebihan yang pertama adalah bahawa di dalam syurga ada kamar yang dibuat dari yogut merah di mana penghuni syurga akan melihat kamar itu seperti penduduk bumi melihat bintang-bintang. Dan kamar itu hanya dimasuki oleh para Nabi, orang-orang fakir yang mati syahid, dan orang mukmin yang fakir.

Kelebihan yang kedua, orang-orang fakir akan masuk ke syurga lebih dulu dari orang-orang kaya sekitar setengah hari, iaitu kira-kira 500 tahun. Nabi Sulaiman a.s Bin Nabi Dawud a.s akan masuk syurga sekitar 40 tahun setelah para Nabi masuk disebabkan kerajaan yang dikurniakan kepadanya.

Kelebihan yang ketiga adalah bahawa apabila orang-orang fakir mengucapkan Subhaanallahi wal hamdulillahi walaa ilaaha illallaahu wallaahu akbar dengan ikhlas, dan orang-orang kayapun mengucapkan bacaan yang serupa ditambah sedekah 100 dirham, orang-orang kaya itu tidak akan dapat mengejar orang-orang fakir.

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzarr Al Ghiffari, Nabi saw bersabda:
Orang-orang yang banyak hartanya adalah orang-orang yang paling bawah, kecuali orang yang berkata dengan harta ini begini dan begitu. Beliau mengulanginya sampai empat kali (maksudnya untuk bersedekah ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang) dan sedikit sekali di antara mereka melakukan yang seperti itu.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw berdoa "Ya Allah semoga orang-orang yang mencintai Aku dikurniakan rezeki yang cukup dan sopan, dan semoga orang yang membenci aku dikurniakan harta dan anak yang banyak".

Dalam riwayat lain yang disampaikan oleh Al Hasan, Nabi saw bersabda "Banyak-banyaklah berkenalan dengan orang-orang fakir dan perlakukan mereka dengan baik, kerana mereka sesungguhnya punya kekuasaan". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah kekuasaan mereka itu?". Baginda bersabda "nanti pada hari kiamat dikatakan (kepada mereka) 'carilah orang-orang yang telah memberimu sesuap makanan, memberimu seteguk minum, dan sepotong pakaian, kemudian peganglah tangannya dan masukkan dia ke dalam syurga".

Orang-orang fakir mempunyai 5 kemuliaan iaitu:

1.Pahala amalnya lebih banyak daripada orang kaya, seperti solat, sedekah atau amal-amal lainnya.
2.Apabila keinginan nya tidak tercapai, maka dicatat pahala untuknya.
3.Lebih dulu masuk syurga.
4.Hisabnya di akhirat lebih ringan.
5.Penyesalannya hanya sedikit, oleh karena itu di akhirat nanti orang-orang kaya ingin seperti orang-orang fakir sedangkan orang-orang fakir tidak ingin seperti orang-orang kaya.

Diriwayatkan oleh Al Hasan dari Nabi saw: Baginda ditanya oleh sahabat "apabila kami melihat sesuatu yang kami inginkan dan kami tidak boleh mencapainya apakah kami mendapatkan pahala?" Nabi menjawab "dengan amalan apa kamu akan mendapat pahala jika dalam hal seperti itu kamu tidak mendapat pahala".

Diriwayatkan oleh Abu sa'id Al-Kudri r.a. beliau berkata "wahai manusia, jangan sampai kesulitan mendorongmu untuk mencari rezeki ynag tidak halal kerana saya pernah mendengar Rasulullah berdoa: "Ya Allah, matikanlah aku sebagai orang fakir dan jangan matikan aku sebagai orang kaya. Kumpulkanlah aku nanti pada hari kiamat dalam rombongan orang-orang miskin. Sesungguhnya orang yang paling celaka adalah yang kefakiran di dunia dan siksaan akhirat berkumpul pada dirinya".

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a dari Nabi Muhammad SAW bahawa beliau bersabda: 'sesungguhnya mahluk yang paling dicintai Allah adalah orang-orang fakir, kerana mahluk Nya yang paling dicintai adalah para nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran'.

Diriwayatkan oleh Hasan Bashri, beliau berkata, 'Allah ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang berbunyi 'ada salah seorang di antara orang-orang yang Aku cintai mati, lalu carilah dan mandikan, kafani dan kuburkan'.

Nabi Musa a.s mencarinya ke kota, namun beliau tidak menemukannya, lalu dicarinya ke kampung-kampung, tidak juga ditemukannya. Lalu dilihatnya sekelompok tukang gali tanah lalu beliau bertanya 'apakah kamu melihat ada orang yang sakit atau meninggal dunia disini?' salah seorang di antara mereka menjawab, 'Ya,di tempat pembongkaran itu ada orang yang sakit, barangkali dia yang kamu maksud'.

Nabi Musa lantas pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh penggali tanah tadi. Di situ beliau melihat seorang yang sedang sakit berbantalkan bata merah, kemudian beliau menghampirinya dan menangis seraya berkata, 'Wahai Tuhan, Engkau menyatakan bahawa orang ini termasuk hambaMu yang sangat Engkau cintai, tetapi kenapa tidak ada yang merawatnya? lalu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s, 'sesungguhnya apabila Aku mencintai hambaKu, maka Aku jauhkan dunia darinya'.

Orang fakir harus mengetahui kurnia Allah yang diberikan kepadanya, bahawa Allah memalingkan dunia untuknya kerana kemuliannya disisi Allah. Allah memuliakannya sebagai kemuliaan yang diberikan kepada para Nabi dan wali. Orang fakir hendaknya mengucapkan alhamdulillah, tidak mengeluh dan sabar terhadap kesempitan hidup yang menimpanya. Ia hendaknya mengetahui bahawa janji Allah di akhirat lebih baik baginya daripada dunia.

Merancang perbelanjaan



Merancang perbelanjaan sangat penting dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan harga barangan yang sentiasa naik. Sebagai kakitangan kerajaan yang memperoleh pendapatan tetap, saya mempunyai peluang yang baik untuk menyediakan bajet perbelanjaan setiap bulan. Saya akan berkongsi cara saya merancang dan mengawal perbelanjaan, tetapi ingin saya tegaskan bahawa cara saya bukan lah cara terbaik (berdasarkan keadaan hidup ketika di Malaysia).

Sebagai seorang yang telah mempelajari ilmu perakaunan untuk tempoh yang agak lama, saya sudah terbiasa membuat bajet dan mengira setiap perbelanjaan saya setiap bulan. Pengurusan kewangan peribadi sangat penting untuk memastikan kita dapat menghadapi hidup dengan tenang tanpa tekanan.

Setiap bulan saya akan senaraikan belanja tetap seperti bayaran kereta, sewa rumah dan duit untuk bonda; juga anggaran perbelanjaan(berdasarkan bayaran pada bulan2 lepas) untuk bil elektrik, air dan telefon;belanja makan/dapur; minyak kereta; belanja peribadi; ubat-ubatan dan lain-lain. Setelah di tolak semua perbelanjaan tersebut, tengok berapa banyak baki yang ada.

Pastikan setiap bulan ada agihan ke tabung simpanan sekurang-kurangnya 10-20% daripada pendapatan bersih. Setelah diagihkan ke tabung simpanan, sekiranya masih terdapat baki, maka duit tersebut akan disimpan sebagai duit "emergency". Boleh dibelanjakan sekiranya ada keperluan terdesak, sekiranya tiada keperluan, akan dibawa ke bulan hadapan. Untuk lebih memudahkan dan mendisiplinkan diri, potongan gaji seperti ke tabung haji setiap bulan boleh dilakukan dan anggaplah duit itu "tidak wujud".

Saya juga tidak menggunakan credit card buat masa ini. Saya pernah menggunakan 3 credit card pada suatu ketika. Tetapi, saya masih boleh merancang, mengawal dan memastikan ada agihan ke tabung simpanan. Kepada kawan-kawan yang menggunakan credit card, perlu kental hati ketika berbelanja. Ingat bukan dapat barang free sebaliknya perlu membayar juga nanti.

Saya sentiasa mengukur baju dibadan sendiri. Perlukah barang berjenama atau boleh dipertimbangkan barang-barang yang tidak berjenama. Saya merasakan ada barang berjenama yang saya kena beli, tetapi terdapat sesetengah barang yang kualitinya baik walaupun tidak berjenama. Sebelum membeli barang-barang yang bernilai tinggi saya akan buat sedikit 'homework', terutama jika melibatkan jenama kerana barang berjenama agak hingga ke sangat mahal di Malaysia.

Dengan mengawal perbelanjaan seperti itu saya tidak akan menjadi kaya, tetapi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang menuntut kepada kewangan, sekurang-kurangnya saya tidak terkapai-kapai kelemasan. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan, oleh itu, ada baiknya disediakan payung sebelum hujan. Janganlah menganggap merancang perbelanjaan boleh menjadi kaya.

Saya merasakan bahawa, dengan mempunyai simpanan kita dapat membantu mereka yang memerlukan terutama famili terdekat kita. Saya tidak pernah berfikir dua kali untuk mengeluarkan duit bagi kegunaan famili. Itulah kepuasan yang diperolehi dengan menggembirakan mereka.

Pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri. Saya pastikan yang mana keperluan asas, keperluan am, kemahuan yang ok, nafsu dan sebagainya. Berfikir banyak kali sebelum memutuskan sesuatu pembelian yang bukan keperluan asas.

Islam mengajar kita bersederhana dalam segala hal termasuk perbelanjaan kita sehari-hari. Kita juga diminta mengejar dunia seolah kita akan hidup seribu tahun dan diminta mengejar akhirat seolah akan mati esok hari. Moga segala rezeki yang kita dapat adalah dari sumber-sumber yang halal. Sebahagian dari rezeki tersebut adalah milik mereka yang memerlukan. Saya mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan agar bersedekah semampu yang boleh kerana bersedekah itu sangat besar pahala dan mulia di sisi Allah.

Aisyah r.a meriwayatkan dari nabi saw bahawa beliau bersabda:
"Dermawan itu adalah pohon yang batangnya ada di syurga dan dahan-dahannya terurai ke dunia, oleh kerana itu barangsiapa berpegangan pada dahan itu ia akan ditarik ke syurga. Sedangkan kikir (kedekut) adalah pohon yang batangnya di neraka, oleh kerana itu barang siapa berpegangan pada dahan itu ia akan ditarik ke neraka".

"Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari akhirat" Iman Ahmad bin Hambal

Sunday, January 3, 2010

Cinta yang hilang - 1

Pertemuan, perkenalan dan permulaan kisah kita bemula di sini... University of Hull, UK (1996/97). Masih ku ingat pertemuan pertama kita, kau mengejar aku dan nini setelah habis kelas, sengaja bertanyakan sesuatu tetapi sebenarnya mahu memulakan bicara pertama. Aku tidak mengetahuinya tika itu, lantas bersahaja menjawab pertanyaan mu dan berlalu pergi tanpa terkesan apa-apa.

Kau semakin berani menunjukkan keinginanmu dan akhirnya aku mengetahui hajat yang bersarang di hati. Tidak mampu aku membalas rasa cinta yang semakin mendalam itu, kerana aku sememangnya jahil mengenai cinta. Aku tidak faham bagaimana layaknya seorang perempuan menyintai seorang lelaki dan bagaimana menunjukkan kecintaan itu. Aku sangat naif tika itu. Masa berlalu pergi dengan aku hanya menganggap mu sebagai teman tapi mesra. Kau sangat baik pada ku, kau sentiasa ada untuk meringankan segala bebanan ku hidup diperantauan seperti memastikan aku memperolehi ayam halal tiap kali ianya ada dipasaran kerana agak sukar mendapatkan bekalan makanan halal ketika itu.

Kau mula bercakap mengenai cinta, kasih sayang, rindu, masa depan dan sebagainya. Entah kenapa semua itu bagaikan air yang tumpah ke daun, tidak terlekat di hati dan di mindaku. Aku cuma mengganggapmu teman tapi kau sangat mengharapkan cintamu berbalas. Kau sangat sabar dengan karenahku yang tidak pernah menunjukkan lagak seorang kekasih kepada kekasih. Tika itu filem hindi berjudul Dilwale Dulhaniya Le Jayenge ditayang oleh para pelajar India dengan tiket berharga 1 pound sterling. Kau mengajak ku menontonnya tapi aku pergi bersama teman-teman perempuan ku. Kau mengganggap kisah itu sebagai kisah cinta kita. Kau semakin menyerlahkan kecintaanmu dengan menunjukkan keromantikan seorang kekasih selepas menonton filem tersebut. Ahhhh....... aku tidak mampu menganggapmu lebih dari seorang teman.

Banyak kenangan kita di sini bersama teman-teman lain kerana seingatku kita tidak pernah keluar berdua. Kau telah membeli set pinggan-mangkuk dengan banyaknya dan minta aku membalut dan menghantarnya ke Malaysia untuk "bakal rumah kita", katamu. Sampailah saat kita berpisah, kau kembali ke Malaysia sebulan lebih awal dari ku kerana keluargamu memerlukan mu di sana. Sebelum kembali ke Malaysia, kau telah membeli 30 keping kad berlainan dan kau hantar kad-kad tersebut supaya aku menerimanya setiap hari setelah ketiadaanmu. Aku sangat terharu tetapi hatiku tetap tidak terbuka untukmu.

Kembali ke Malaysia... akhir September 1997. Krisis ekonomi yang sangat meruncing dan jerebu menyambut kepulangaku ke Malaysia. Aku ke KL mencari kerja dan tanpa pengetahuanku, kau telah berjumpa dengan ibuku untuk berkenalan dan merayu kepada famili ku agar menerimamu sebagai menantu. Bila sampai kepengetahuanku memang aku sangat marah dengan caramu yang tidak mahu bersabar. Saat itu hatiku masih bukan untuk mu dan kerisauan kerana belum mendapat kerja memuncak. Sepatutnya kau mendapatkan kerja yang stabil dan mengumpul wang, bukannya tergesa-gesa begitu.

Kau tidak lagi menemui ibuku tapi kau menelifon ibuku hampir setiap malam... ohhh... kegilaan apakah yang sedang kau alami, tidak aku fahami. Aku di KL menghadapi hidup yang mendambakan kesabaran yang tinggi sehingga lupa kepada tuntutan hati seorang perempuan untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian seorang lelaki.

Setelah hampir setahun kembali ke Malaysia, aku menerima lamaran seorang lelaki. Lelaki itu, bukan dirimu... maafkan aku kerana merobek hatimu. Aku tidak menyintai lelaki itu tetapi keranamu aku menerimanya. Aku tidak mampu membuka pintu hatiku untuk mu sebaliknya kau berterusan mengganggu ibuku, kakak dan adikku. Aku berharap, selepas pertunanganku, kau akan mencari pengganti diriku.

Ternyata sangka ku meleset, kau tidak berpaling sebaliknya masih setia menantiku.. Oh Tuhan... Sepanjang ikatanku dengan lelaki itu kau tetap menanti, sehingga hubungan kami terlerai kau tetap setia. Kau menghulur tangan untuk kembali menyambung "cinta" yang terpisah. Aku tetap tidak menyambut tangan yang kau hulur, ternyata hati ku terkunci rapat untuk mu.

Tiga tahun berlalu tanpa aku memberi apa-apa harapan pada mu tetapi tiga tahun itu juga kau sangat setia menanti dan mengharap. Melakukan segala untukku, memenuhi segala permintaan ku, bagiku permintaan dan pertolongan dari seorang kawan tapi bagimu permintaan dan pertolongan untuk kekasih hati. Di akhir tahun ke-empat aku mula memikirkan segala yang telah berlaku, antara kita, perhubungan kita. Aku bersujud memohon keampunan dan pertolongan Allah agar ditunjukkan jalan untuk ku. Solat istikharahku tetap tidak membantuku untuk membuat keputusan. Hati dan fikiran ku kosong. Sungguh aku tidak tahu apa mahuku, apa untuk ku, bagaimana harus ku hadapi dirimu yang tetap setia menanti dan mengharap. Bagaimana lagi harus ku laku kan. Aku tidak berdaya menerima mu, juga tidak berdaya menolakmu.

Akhirnya, tanpa hati, tanpa perasaan, suka atau benci, mahu atau menolak, aku menerima lamaranmu. Pertunangan kita sangat meriah. Kau dan keluargamu sangat gembira. Kata adikmu tika hari pertunangan itu, sudah lama gambarku terpampang di ruang tamu rumahmu. Aku cuma diam tanpa kata. Akhirnya aku tunanganmu. Tapi hubungan antara kita tetap sama, seperti dulu, aku kaku bila berhadapan denganmu.

Tarikh pernikahan kita semakin hampir, aku semakin takut untuk menghadapi kenyataan itu. Kenapa hatiku masih belum terbuka untukmu. Telah ku lakukan pelbagai cara untuk menerimamu, ternyata tidak berhasil. Aku merayu padamu agar pernikahan kita di tangguh ke satu tarikh yang akan kita tetapkan nanti. Dengan sebal kau menerimanya. Setahun kita bertunang, setahun itu juga aku memberi peluang kepada diriku untuk menerimamu. Segalanya tidak menjadi. Kenapa begini hidupku. Aku juga ingin memberi cinta dan kasih sayang sebagai balasan untuk cinta dan kasih sayang yang mencurah untukku. Aku tidak membelakangkan agama dalam soal percintaan sesama manusia kerana aku mendapat didikan yang baik dari ibubapaku. Bagiku agama tetap utama dalam hidup walau apapun yang ku lakukan.

Aku melakukan istikharah sekali lagi. Saat itu aku sangat yakin dengan kata hatiku. Aku tidak mampu meneruskan hubungan ini tanpa hati dan perasaan walau sebesar zarah untukmu. Aku tidak mahu terus mengecewakanmu. Sepatutnya orang sebaik dirimu layak mendapat yang terbaik, bukan diriku yang tidak mampu menyayangimu lebih dari seorang teman. Aku membawa familiku ke negerimu dan memutuskan pertunangan kita. Kau menangis dan saat itu bagai luruh jantung hatiku. Tidak sanggup melukakan hatimu tetapi tidak mampu juga memaksa hati ku. Ya Tuhan, ujian apakah ini. Lama aku termenung selepas perpisahan kita. Aku jadi pendiam untuk seketika. Sangat pedih hatiku mengecewakan hatimu tapi aku sangat tidak berdaya.

Aku membawa diri merantau ke Sabah untuk bekerja di sana. Kau masih menghubungiku melalui email dan kita kembali menjadi kawan seperti sebelum ini. Kau masih mengharap padaku, kau tidak mencari pengganti diriku. Masa berlalu pergi, setelah setahun di Sabah, akhirnya aku dipinang lagi dan aku menerimanya. Bila kau mengetahuinya, aku mendapat tahu kau telah jatuh sakit. Oh Tuhan..apa harus ku laku kan...

Suatu hari, tika aku balik bercuti ke kampung halaman, aku menerima sepucuk surat di alamatkan kepadaku. Apabila membukanya, yang ku terima adalah sehelai kertas, sijil kematianmu...Gelap gelita pandangan mataku, terduduk tanpa mampu berkata apa-apa. Seluruh famili ku tergamam. Masing-masing bergenang airmata. Aku melarikan diri dan mengunci pintu biikku. Apa lagi mampu ku lakukan selain meratap hiba..

Dari teman-teman aku mendapat berita, kau jatuh sakit setelah mendapat berita aku akan bertunang dan berkahwin. Kau sangat terkesan hebat yang menyebabkan darah tinggi dan akhirnya satu salur darah dikepalamu pecah. Adakah kau pergi kerana cinta? Akukah yang bersalah? Aku sentiasa merindui kebaikan mu... Tidak pernah lagi datang padaku cinta sehebat yang kau curahkan untuk ku... Semuanya berlalu dan tidak kembali lagi.. patah tumbuh hilang berganti tetapi yang berganti tidak akan sama dengan yang telah hilang.... Telah lama kau pergi tapi ingatan padamu tidak pernah padam...

Aku akan "hilang" dalam diri sendiri apabila mendengar lagu2 yang kau tuju khas untuk ku... "Dilwale Dulhaniya Le Jeyenga, Kita ditakdirkan jatuh cinta, Milik siapakah gadis ini, Kuch kuch hota hai, Mencintaimu, My heart will go on"

Ya Allah aku mohon ampun kepadaMu atas segala yang telah berlaku antara aku dan dia. Tempatkanlah manusia yang baik itu bersama orang-orang yang Kau terima amal kebaikan mereka. Ya Allah aku cuma manusia yang tidak berdaya. Segala yang baik itu dari Mu ya Allah dan yg buruk itu dari diri ku sendiri.....


Every night in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go till we're gone

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on

Saturday, January 2, 2010

3 questions

There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his 3 questions. Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.

Young man: Who are you? Can you answer my questions?
Scholar: I am one of Allah (SubHana Wa Ta`ala )'s slaves and insha-Allah (God willing), I will be able to answer your questions.
Young man: Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions.
Scholar: I will try my best, with the help of Allah(SubHana Wa Ta`ala).
Young Man: I have 3 questions:

1. Does God exist? If so, show me His shape.
2. What is takdir (fate)?
3. If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Shaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?


Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard.

Young Man (feeling pain): Why do you get angry at me?
Scholar: I am not angry. The slap is my answer to your three questions.
Young Man: I really don't understand.
Scholar: How do you feel after I slapped you?
Young Man: Of course, I felt the pain.
Scholar: So do you believe that pain exists?
Young Man: Yes.
Scholar: Show me the shape of the pain!
Young Man: I cannot.
Scholar: That is my first answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape.
Scholar: Last night, did you dream that you will be slapped by me?
Young Man: No.
Scholar: Did you ever think that you will get a slap from me, today?
Young Man: No.
Scholar: That is takdir (fate).
Scholar: My hand that I used to slap you, what is it created from?
Young Man: It is created from skin.
Scholar: How about your face, what is it created from?
Young Man: Skin.
Scholar: How do you feel after I slapped you?
Young Man: In pain.
Scholar: Even though Shaitan (Devil) and also the hell were created from the fire, if Allah wants, insha-Allah (God willing), the hell will become a very painful place for Shaitan (Devil).

SUBHAAN ALLAH!

English or German

European Commission has just announced an agreement whereby English will be the official language of the European Union rather than German, which was the other possibility.

As part of the negotiations, the British Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a 5- year phase-in plan that would become known as "Euro-English".

In the first year, "s" will replace the soft "c". Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy.
The hard "c" will be dropped in favour of "k". This should klear up konfusion, and keyboards kan have one less letter.

There will be growing publik enthusiasm in the sekond year when the troublesome "ph" will be replaced with "f". This will make words like fotograf 20% shorter.

In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be expekted to reach the stage where more komplikated changes are possible.

Governments will enkourage the removal of double letters which have always ben a deterent to akurate speling.

Also, al wil agre that the horibl mes of the silent "e" in the languag is disgrasful and it should go away.

By the 4th yer people wil be reseptiv to steps such as replasing "th" with "z" and "w" with "v".

During ze fifz yer, ze unesesary "o" kan be dropd from vords kontaining "ou" and after ziz fifz yer, ve vil hav a reil sensibl riten styl.

Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech oza. Ze drem of a united urop vil finali kum tru.

Und efter ze fifz yer, ve vil al be speking German like zey vunted in ze first plas.

Kisah langit dan bumi

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Imam Syafie ditangkap

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Allah sembunyikan 6 perkara

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Nabi Muhammad S.A.W dan orang badwi

Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!". Rasulullah s.a.w meniru zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!". Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!".

Orang itu merasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata "Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekkanku, kerana aku ini orang badwi?.Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah".

Mendengan kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?".

"Belum" jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya" jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah s.a.w pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat"

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, "Tuan ini Nabi Muhammad"

"Ya" jawab Nabi s.a.w.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu Rasulullah s.a.w menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata "Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya di lakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutuskanku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang minta di hormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya".

Ketika itulah turun Malaikat Jibril a.s untuk membawa berita dari langit, dia berkata "Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar".

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya". Orang Arab badwi berkata lagi "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maqhfirahNya, Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanNya".

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis, sesungguhnya kerana tangismu , penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti"

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengan berita tersebut. Ia menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

Nabi Idris a.s dan Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Wanita.. akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Sifat hamba kepada Khalidnya

Malu- ia menjadi perisai diri daripada melakukan dosa dan
menghalang manusia dari menyalahgunakan nikmat ALLAH dengan sewenang-wenangnya. Malah dengan rasa malu, ia menimbulkan rasa redha dengan ketentuan ALLAH dan akan
bersabar bila berhadapan dengan ujian.

Rasa takut dan hebat- ia akan menghindarkan seorang hamba dari melakukan dosa. Bertindak menimbulkan sifat takabbur dalam pergaulan kerana dia sering memandang rendah pada orang lain.

Rasa harap
- menghilangkan perasaan putus asa dan kecewa dalam hidup. Sentiasa yakin satu masa nanti ALLAH pasti membantu.

Rasa diri serba kekurangan- akan hilangkan rasa ujub, takbur, sombong dan ego, rasa luar biasa pada kebolehan dan kemampuan diri sendiri serta rasa diri ada kuasa. Pada hakikatnya di tidak berkuasa. Kerana kuasa itu ALLAH yang beri. Dan ALLAH boleh tarik bila-bila masa.

Rasa bersalah- hilangkan rasa diri bersih dari dosa. Sebaliknya
timbul rasa ingin bertaubat kepada ALLAH SWT. Kita sebagai manusia biasa tak dapat lari dari dosa, samada dosa besar atau kecil, lahir atau batin, sedar ataupun
tidak. Oleh itu rasa diri bersih dari dosa adalah sangat berbahaya. Boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka. Dengan menganggap orang lain kotor dan berdosa
sedangkan kita bersih dari dosa bukanlah sifat seorang hamba.

Rasa hina- dapat hilangkan sifat kibir atau sombong, ego atau
angkuh. Sombong dan angkuh boleh meregangkan ukhwah dan persaudaraan. Ia juga akan berani melakukan penyelewengan dengan nikmat ALLAH...salahgunakan kuasa
dan harta, tak boleh ditegur atau tak boleh menerima kebenaran kerana terasa diri ada kelebihan.

Sentiasa diawasi- melahirkan rasa takut membuat dosa, takut berlaku
cuai dan takut derhaka kepada ALLAH SWT.

Friday, January 1, 2010

Teman

nape awk tggl kite
dtg same2 tp awk blk dulu
kite rase sunyi bile awk takde
wlpn mase awk ade kite rajin gaduh
biase le tu
sdg lidah lg tergigit
seme msh segar dlm ingatn
mase kite kt airport nak dtg sini
awk mari lambat dgn famili
baru nk balut2 beg
tp dan lg amik2 gambo
kite lari2 pi check in
kak ayu wak magic msk smpi dlm
kite berpeluh satu bdn
lega bile dh duk dlm flight
org mkn salad, kite mkn murtabak
karipap dan popia pon ade
tu kite beli kt bazar ramadhan
bestnye mknn kite

umah pertame kite best tp sejuk sgt
kite tak suke duk umah
pg2 kite kuor gi uni
larut mlm baru blk umah
gitulh tiap hari rutin kite
bulan 2 kite diminta pindah
umah kite tu bumbung nk runtuh
kene pindah dlm mase semggu
haru sggh mane nk cari umah
dh la awk kene antor assignments
kite pn ade assignments
usahe gigih cari umah

rezeki kite dpt umah ni
kecik sgt tp kite suke
umah ni byk tulong kite
sbb bile share umah jd muroh
mmg best umah ni time winter pn warm
tp bila awk takde umah rs besor

kite beli kete
sbb susah nk minte tlg org sokmo
smpi Lester kite pi
amik kete n drive blk
kete ni pn kite share
now kete tersadai tak gerak
sal kite tak tahu nk gi mane
sedih bile tgk kete
cian die kite dok cara
tp nk wak gane
kite pn takde mood nk duk sini

nape awk tggl kite
snow turun pn kite jeling je
dh malas nk amik gambo
nk guling2 pon dh puas guling
dh abih lagu hindi duk nyanyi
thn ni snow mmg lebat sgt
kalu awk ade baru le best
tp awk jauh beribu batu
awk tggl kite
awk takde ms kite susah
awk takde mase kite happy pah jumpe supervisors
awk takde mase kite jatuh
awk takde nk mkn mknn kite masak
awk takde nk gaduh dgn kite
awk dh jauh
kite akn sokmo ingat awk
kite ingat seme kwn2 kite
seme org dtg silih bganti
kite windu seme org yg kesahkan kite

kite windu....






Awasi lidahmu

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah".

Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "

Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

Tanda-tanda taubat diterima Allah

1-bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih beum terhakis.

2- hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka-mereka yang fasik

3- bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab allah

4-sungguhpun sedikit rezeki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihat banyak,tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah di kerjakannya namun ia tetap merasa sedikit

5-bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh allah

6-bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya,sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal

Pantun seloka


Boxing day empunya cerita
Syoknya shopping tak tau nak kata
Lupa segala buku tah ke mana
Janji hajat hati tertunai lah kiranya

Ingat kat Malaysia je melayu tolak cina
Tak kira raya apa mesti balik kampong punya
New year, deepavali, raya cina or raya puasa
Tiga bulan nak raya tiket dah beli sedia

Kat sini pun terjadi juga
Serbu masuk outlet tuu kat York sana
Lawan capai barang mat saleh terbeliak mata
Penuh tangan tak larat nak bawa

Masuk outlet manapun melayu mesti ada
Hebat la melayu kita ni dah kaya raya
Baru mat saleh tahu dulu duk ceroboh negara kita
Sekarang kita yang duk jana ekonomi depa

Boxing day setahun sekali ja
Tak kan nak lepas peluang beli segala benda
Almaklum kat Malaysia mana nak dapat serupa
Dah la mahal kualiti mana nak sama

Yang dah confirm nak balik ke Malaysia
Mengangkut segala benda macam kat Malaysia tak dak apa
Memang leh tergelak tengok gelagat depa
Jangan duk gelak nanti hampa pun lagu tu juga..hahaha

Yang datang ke sini gitulah gayanya
Sambil menyelam minum air jangan sampai tersedak udah la
Segulung ijazah yang dikejar matlamat utama
Moga tercapai segala harapan dan impian untuk agama, bangsa dan negara