Wednesday, August 31, 2011

Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam?

Siapakah lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW yang tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Merelakan isteri berchatting atau berfacebook dengan lelaki lain. Lebih malang lagi membiarkan isteri bergayut di telefon dengan lelaki lain tanpa sebarang perasaan kesah walaupun perlakuan sumbang tersebut berlaku di dalam rumah sendiri.

16). Membiarkan isteri/anak perempuan menghantar gambar tidak menutup aurat ke facebook untuk ditatap oleh sesiapa saja.

Dan banyak lagi...

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Bukti Keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk (1) beriman kepada Allah, (2)percaya kepada Malaikat-Nya, (3) Kitab-kitab-Nya, (4) Rasul-rasul-Nya dan (5) percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk (1) bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, (2) hendaknya kami mendirikan solat wajib, (3) mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, (4) menunaikan zakat dan (5) berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliah ?" Jawab mereka, "(1) Bersyukur di waktu senang, (2) bersabar di waktu kesusahan,(3) berani di waktu perang, (4)redha pada waktu kena ujian dan (5)tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? (1) Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. (2) Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu duduki, (3) janganlah kamu berlumba- lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, (4) berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Kisah binatang bernama Huraisy

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Solat yang tidak diterima Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, iaitu:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wasiat2 berguna

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Tangan yang menghulur sentiasa lebih baik...

Hayati kisah di bawah dan kaitkan dengan senario yang berlaku di Malaysia. Gempar baru2 ini apabila ada melayu islam menghadiri majlis makan2 di sebuah gereja. Apabila diperhalusi kejadian tersebut, rupanya melayu islam yang menghadirkan diri ke gereja adalah golongan miskin yang dibantu oleh pihak gereja. Salah seorangnya adalah ibu tunggal yang memelihara anak2 dalam keadaan kemiskinan yang perit. Apabila beliau ke pusat zakat, beliau dihalau dengan alasan wang zakat sudah habis.Ibu tunggal tersebut kemudian ke pejabat kebajikan masyarakat, sekali lagi beliau hampa diperlekehkan mereka. Pihak gereja tampil menghulurkan bantuan yang sangat dibutuh oleh mereka yang hidup melarat. Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Pihak gereja atau orang2 islam sendiri? Renung2kan.. tepuk dada tanpa iman

Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."


Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"


Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.


Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."


Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"


"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.


Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"


Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."


Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.


"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"


Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."


Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, ia pun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.


Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"


Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.


Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."


Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."


Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"


Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Tempat tinggal roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-


1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.


3. Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.


4. Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.


5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari kiamat.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.


3. Orang yang puasa hari Arafah.

Suara yang didengari mayat

Dipetik dari Islam itu Agamaku

yang akan ikut mayat ada tiga iaitu:
1)keluarga
2)hartanya
3)amalnya

dua akan kembali manakala satu akan tinggal bersamanya iaitu:

1)keluarga dan hartanya akan kembali
2)sementara amalnya akan tinggal bersamanya.

maka ketika roh meninggalkan jasad …
terdengarlah suara dari langit memekik,

” wahai fulan anak si fulan..

*apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau dunia yang meninggalkan mu
*apakah kau yang telah mengumpul harta kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpul mu
*apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpuk mu
*apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah mengubur mu

ketika mayat akan dimandikan ….
terdengar dari langit suara memekik,

” wahai fulan anak si fulan…
*di mana badan mu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah
*di mana lisan mu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tidak bersuara
*di mana telinga mu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa
*di mana sahabat-sahabat mu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib tak bersuara

ketika mayat siap dikafan …
suara dari langit terdengar memekik,

“wahai fulan anak si fulan

*berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha
* celakalah apabila kau bersahabat dengan murka allah
* kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal
*kau telah keluar dari rumah mu dan tidak akan kembali selamanya
*kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan

ketika mayatdiusung. …
terdengar dari langit suara memekik,

“wahai fulan anak si fulan..
*berbahagialah apabila amal mu adalah kebajikan
*berbahagialah apabila mati mu diawali taubat
*berbahagialah apabila hidup mu penuh dengan taat

ketika mayat siap disolatkan ….
terdengar dari langit suara memekik,

“wahai fulan anak si fulan..
*setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat
*apabila baik maka kau akan melihatnya baik
*apabila buruk, kau akan melihatnya buruk

ketika mayat dibaringkan di liang lahat ….
terdengar suara memekik dari langit,

“wahai fulan anak si fulan…
*apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita di sini

wahai fulan anak si fulan…
*dahulu kau tertawa, kini dalam perut ku kau menangis
*dahulu kau bergembira,kini dalam perut ku kau berduka
*dahulu kau bertutur kata, kini dalam perut ku kau bungkam seribu bahasa

ketika semua manusia meninggalkannya sendirian… .
Allah berkata kepadanya, “wahai hamba-ku ….
*kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tiada kerabat
*di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap
*mereka pergi meninggalkanmu seorang diri
*padahal , kerana mereka kau pernah langgar perintah Ku

hari ini....
*akan Ku tunjukan kepadamu kasih sayang Ku
*yang akan takjub seisi alam Aku akan menyayangi mu
*lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya

kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman
” wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai NYA maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba KU dan masuklah ke dalam jannah KU”

semoga kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Keadaan Kuala Lumpur bak berada di negara asing

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Bak berada di negara asing, begitulah suasana di ibu negara hari ini apabila warga asing memenuhi lokasi tumpuan awam ketika jutaan umat Islam negara ini meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia di Menara Berkembar Petronas (KLCC) mendapati, rata-rata pengunjung adalah warga Bangladesh dan Indonesia yang mengambil kesempatan sempena cuti umum untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di sini bersama rakan atau keluarga.

Dengan pelbagai gelagat, ada yang dilihat begitu leka mengambil gambar dan ada pula menikmati makanan secara berkumpulan di taman rekreasi menara tersebut.

Seorang operator pengeluaran warga Indonesia, Nopi Rajidi, 19, berkata, dia dan rakan-rakannya mengambil peluang berkunjung ke KLCC kerana ingin melihat keunikan bangunan itu dari dekat.

Menurutnya, meskipun bekerja di Cyberjaya, dia belum pernah berpeluang melihat menara berkembar itu dari dekat.

“Selepas ini kami akan berjalan-jalan ke satu lokasi lain pula,” katanya.

Mohd. Sharudeen Amirudin, 24, yang berasal dari Bangladesh turut berkongsi pendapat yang sama.

Katanya, dia dan rakan-rakannya tidak mempunyai pilihan selain merayakan Aidilfitri di kawasan tumpuan seperti KLCC.

“Saya tidak mempunyai saudara-mara di sini untuk menyambut hari raya bersama-sama. Sebab itu saya bersiar-siar bersama rakan-rakan sekerja," katanya yang bekerja di kedai sayur di kawasan Jalan Pudu.

Bagi Dewi Ahmad, 21, pula kunjungan ke KLCC merupakan satu perkara wajib setiap kali sambutan Aidilfitri.

“Sebagai warga asing yang berjauhan dari keluarga, beginilah cara kami menyambut hari raya,” katanya yang sudah tiga tahun menyambut Aidilfitri di Malaysia.

Sementara itu Farhan Osman, 42, dari Pakistan berkata, disebabkan keunikan budaya rakyat Malaysia hatinya tertarik untuk membawa keluarga menyambut Aidilfitri di Malaysia.

“Ini merupakan kunjungan ketiga saya ke Malaysia, tetapi keluarga saya pula baru pertama kali. Mereka sungguh tertarik dengan keamanan serta keharmonian negara yang diduduki oleh masyarakat pelbagai kaum,” ujarnya.

Tuesday, August 30, 2011

Didikan Umar al-Khattab

Cerita di bawah dipetik dari article i luv islam cuma di edit dan di tambah sedikit di bahagian pengajarannya, untuk renungan bersama. Moga beroleh kebaikan untuk penambahbaikan diri, amin.

Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi.

Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru buat mereka.

Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.

Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)
Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!"

Dia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :

"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat, saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."

Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.

Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.

Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.

Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.

Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.

Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani menjamin bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.

Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."

Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.

Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang?

Adakah ibubapa hari ini risau kerana tidak mengajarkan ilmu yang wajib kepada anak2? Atau ibubapa risau dan sedih jika tidak dapat memenuhi keinginan anak2 kepada permainan yang pelbagai di pasaran. Tidak membelikan anak2 pakaian berjenama untuk dimegahkan di hadapan rakan taulan. tidak menyediakan makanan yang lazat2 untuk santapan seisi keluarga setiap hari. Adakah ibubapa sekarang risau anak2 belum tahu mengambil wuduk dan belum tahu solat tika usia anak sudah menginjak 8/9 tahun? Tugas mendidik seluruh isi keluarga letaknya dipundak ketua keluarga aka ayah/suami. Jika isteri/anak2 masuk ke neraka, mereka boleh menarik suami/ayah sama2 masuk ke neraka kerana isteri & anak2 terletak di bawah tangunggjawab sang suami/ayah. Tetapi jika si suami/ayah tempatnya di neraka, belum tentu si isteri/anak2 akan mengikutinya kerana bukanlah hak dan tanggungjawab isteri/anak2 memikul tanggungjawab suami/ayah.

Renungkan wahai ketua keluarga, mampukah menghadapi Allah untuk dipersoalkan segala tanggungjawab yang terpikul. Cukupkah ilmu untuk bergelar suami dan ayah? Fikir2kan

Imam Shafie berkata "jika mahu cemerlang dunia, hendaklah dengan ilmu, dan jika hendak cemerlang akhirat, hendaklah juga dengan ilmu" kerana ilmulah yang membezakan martabat manusia

Aidilfitri ku

1 Syawal... datang lagi dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Mu ya Allah kerana masih memberikan umur kepada ku untuk melalui satu lagi Ramadhan dan Syawal. Walaupun Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terbaik yang ku lalui. Semuanya gara2 lemahnya iman di dada, dek kerana panjangnya waktu berpuasa, aku jadi sangat lemah untuk meneruskan rutin seperti bulan2 yang lain. Sepatutnya di bulan penuh barakah ini, aktiviti ku pertingkatkan untuk mencari redha mu ya Allah. Tapi apakan daya diri, kebanyakan masa ku hanya di habiskan di atas tilam kerana lembeknya diri menghadapi Ramadhan.

Sebulan ini, sungguh study ku sangat teruk. Mujur juga supervisorku tiada di sini, jadi sepanjang bulan Ramadhan hanya satu meeting dengan beliau, itupun discuss tugas yang telah ku settlekan sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Akhirnya Ramadhan berlalu jua tanpa peningkatan ibadat seperti yang sepatutnya. Buktinya Quranpun tidak mampu ku khatam dalam bulan Ramadhan ini. Dengan bacaan yang tersekat2 mana mungkin ku habiskannya sepanjang bulan Ramadhan.. oh diri..

Syawal tiba tanpa memberi banyak makna.. entah.. hati terasa kosong.. berulang kali aku mainkan takbir raya dari youtube agar datang mood raya, tapi, masih kosong.. tidak mengapalah dengan mood raya memandangkan puasa pun tidak sehebat mana. Apa sangat nak dirayakan jika puasa tak capai tahap yang sepatutnya, sangat rendah level puasa dan ibadat ku tahun ini. Apakah akan berjumpa lagi dengan RAmadahn pada tahun2 mendatang, semua itu tiada jaminan, entah2 ajal menjemput sebelum sempat merasai ni'mat Ramadhan lagi.. alangkah ruginya aku tahun ini... apa yang aku kejar dalam hidup sementara ini? sedang mati itu bila2 masa akan menjengah tiba..

Oleh kerana mood raya ku tiada, makanya kedua2 rumah terbuka pada raya pertama tidak ku hadiri. Entah kenapa.. awal2 lagi bila email jemputan menghadiri rumah terbuka tersebut keluar, aku plan akan pergi, tapi bila tiba masanya, hatiku sangat berat, sangat berat dan tertutup rapat. Inilah problem diriku, sangat menurut kata hati. Firasatku tentang sesuatu perkara biasanya banyak yang betul dari silap, mengikut tafsiran ku sendiri, jadi, aku memilih mengikut firasat dalam kebanyakan perkara. Mungkin kerana begitu aku dididik sejak kecil oleh arwah ayah ku.

Masihku teringat, tika kecik2 dulu, jika hendak ke mana2 bersama famili, contohnya ke rumah saudara jauh, bila kami semua sudah berada dalam kereta hendak berangkat, kalau tiba2 ada sesuatu melintas di hadapan kereta, segera arwah ayahku akan berkata, "rumah kita nak pergi takde tuan, macamana, nak pergi atau masuk semula ke rumah?" selalunya kami akan memilih meneruskan perjalanan kerana semua sudah siap berpakaian, mood nak keluar lebih dari mood nak masuk semula ke rumah. Selalu yang terjadi, 99% memang tuan rumah takde di rumah bila kami sampai. Itulah kebiasaan nya, jadi kami akan melencong ke tempat lain, biasanya ke tepi pantai atau ke mana2 untuk berehat satu famili. Firasat arwah ayahku sangat kuat dan selalunya betul, jadi aku telah terdidik mengikut firasat dalam kehidupan seharian. Ayahda juga sangat hebat membaca airmuka orangg, jadi kami adik beradik memilih untuk tidak sekali2 berbohong jika ditanya apa soalan sekali pun, sebab jika berbohong sekalipun, arwah akan mengetahuinya, dari airmuka, dari sinar mata, itulah yang menakutkan kami 4 beradik.

Dua rumah terbuka pada hari pertama telah terlepas, bagaimana dengan hari2 seterusnya, tidak aku ketahui, tunggu dan lihat apa akan terjadi... kadang2 aku sendiri tidak faham dengan diriku, apa mahu ku, apa fikirku.. Di usia inipun, aku belum mengenali diri ku sendiri, bagaimana mahu mengenali orang lain.. yang pasti, aku sangat keras hati, kerana didikan ku juga agak keras. Apa sekalipun, aku harap aku tidak mencari redha manusia, sebaliknya redha Allah yang ku harapkan. Jika satu dunia redha kepadaku, tapi jika Allah tidak redha maka sia2 seluruh kehidupan ku. Sebaiknya ialah, Redha ALlah dan redha manusia, tapi dengan dunia hari ini yang melihat kepada kekayaan, pangkat dan darjat, apakah senang mendapat redha manusia jika kita tidak masuk kan diri kita sebaris dan seiringan dengan kehendak manusia? Akhlak, peribadi, sahsiah tidak lagi penting sebaliknya, bodek dan puji2an kepada manusia menjadi tiket untuk disukai. Sungguh aku bukanlah manusia yang cemerlang dalam pergaulan, sungguh aku tidak pandai bersosial, sungguh aku sentiasa tewas dalam khalayak ramai... aku hanyalah aku.. yang mencari redha mu ya Allah walau disisih seluruh isi alam

Tuesday, August 23, 2011

Kemaruk di bulan Ramadhan



Entah kenapa sejak awal berpuasa selera makan ku sedikit pelik kali ini. Sampai saja jam 4ptg, mula lah otak ku ligat berputar memikirkan hal2 berkaitan makanan saja. Segala makanan terbayang di mata, yang membuat perut ku berkeriuk riuh rendah menyanyikan macam2 lagu dan irama. Kecur liurku teringat kan pelbagai juadah menarik di bazar ramadhan di tanah air.. uhhhhhhh sedapnya murtabak, laksa, air tebu, ayam percik dan pelbagai lagi lauk dan kuih muih yang hanya perlu di tunjuk, kemudian dibungkus dan dibayar. Bila dalam keadaan selera memuncak, nafsu bergelojak, pantang lah aku keluar rumah tika itu, pasti segala jenis makanan yang aku sendiri pelik mcmn boleh ku capai dan bayar itu ku bawa pulang. Sampai ke rumah mula lah aku termenung panjang melihat brg2 yang ku heret pulang itu, bgmn nak ku habiskan sebab dengan keadaan malam yang pendek, sebenarnya tak mampu nak mkn byk2 tika berbuka, dan bila bersahur, perut masih penuh kerana sahur cuma 6jam selepas berbuka.

Bila ku ceritakan kemaruk makan ku pada adik ku yang juga berkelana di bumi asing, adik ku itu mengikut suaminya yang bekerja di Qatar sudah 4 tahun, jadi dia faham benar keadaan diriku yang kemaruk makan makanan malaysia. Dia kata bila kita sangat2 teringin makan makanan yang kita tak mungkin dapat, kita akan beralih kepada apa juga makanan untuk melampiaskan keinginan tersebut... huhu.. ada betul juga kata adik ku itu.



Memang pening dengan diri sendiri yang tersangat besar nafsu makan tika di bulan puasa ni, patut bulan puasa ni melatih diri dalam banyak perkara antara nya mengenai makan, ingat bagamana org2 miskin yang tidak mampu menikmati juadah2 enak sebagaimana kebanyakan org yg berkemampuan. tapi aku sebaliknya pula, tika bukan bulan ramadhan kadang2 payahnya nak masuk rezeki ke dalam mulut sebab tiada selera makan, tapi tika bulan puasa ni makin menjadi2 pula nafsu makan. Termenung aku mcmn boleh terbeli roti nan, padahal selalunya aku bukan peminat roti nan ni, dapat free sekali dengan karinya pun aku menolak. Ini aku terpaksa membayar harga roti nan yang aku tak tahu bila aku akan makan.



Silap2 roti nan tersebut akan ku hadiahkan kepada kwn pakistanku yg sememangnya peminat besar nan. Tak apalah, rezeki dia agaknya, baik diberi pada org dari dibuang2 tak berkat rezeki kalau asyik membazir. Satu pagi aku terbuka page resepi2 mknn traditional, uhhhhhh membuak2 keinginan menikmati mknn bangsa kita, makin ku hayati, makin kuat nafsu makan meronta2 dalam diri. Ku off laptop dan terus bersiap, huhu.. ku nak ke tesco mencari apa2 makanan yang boleh ku nikmati tika berbuka nanti. Pergi dalam keadaan nafsu makan memuncak adalah tindakan kurang cerdik ku pada hari itu.. sudahnya, ku bawa pulang 3 kek tesco yang aku tak tahu apa nak buat dengannya sebab aku bukan peminat kek pun!!! Waaaaaaaaaaaaaa apa sudah jadi pada ku... di mana kesabaran berpuasa yg sepatutnya menebal dalam diri, kenapa senangnya terhapus dek nafsu makan sahaja.



Selain benda2 semua, buah tak payah cerita lah, segala jenis buah ku angkut balik, limau, grape, apples, pisang, pears etc yang biasanya tidaklah ku minati sangatpun. Inilah bukti lemahnya iman di dada, teringin makan popia/karipap tapi di tukar dengan benda lain kerana tak mungkin di temui popia/karipap di sini. Selain buah yang tak tahan lama, syukur juga barang2 lain nya lama lagi nak expires jadi boleh lah di simpan sehingga habis ramadhan, harap tiada pembaziran yang ku lakukan. Stok ikan, ayam, sotong, udang, mussels, daging ku pun boleh bertahan untuk 2 bulan!!! penuh fridge ku dengan segala macam makanan hasil kegelojohan nafsu yang tidak aku kawal sepanjang bulan ramadhan ini. Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa juga yang terbaca, janganlah mengikut diriku yang tidak kuat iman ini. janganlah keberkatan bulan ramadhan ini di hapuskan dengan sikap buruk seperti aku ini. Sungguh aku berharap aku tidak membuang2 makanan yang banyak itu. Jika perlu diberi kepada kawan2, aku pasti akan bagi untuk mengelak pembaziran. Moga Allah ampuni kekurangan/kelemahan aku ini. Nekadku, seminggu lagi ramadhan, aku tak akan berbelanja walau satu sen pun, cukup dengan apa yang ada, bukan setakat cukup sebenarnya, sudah berlebihan dan melampau. Ya Allah, ampuni aku yang lemah ini...

Monday, August 22, 2011

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA - 5

Seawal pagi aku sudah terpacak di depan graduate school atau panggilan singkatnya GRI, rumah ke dua ku yang menjadi tempat kegemaran ku study setelah hampir tiga tahun di sini. Aku memang suka datang awal kerana senang mendapat parking yang dekat dengan building GRI. Aku mentelaah sementara menanti bank di buka pada hari itu. Melihat jam sudah menunjukkan 9.45pagi aku bingkas bangun dari kerusi dan mengambil segala yang perlu lalu segera meninggalkan GRI. Jarak antara GRI dengan bank cuma dalam 10 minit berjalan kaki, mengikut langkah kaki ku yang tak berapa panjang dan tak berapa laju. Aku mengingatkan diriku agar banyak2 bersabar dalam menangani hal ini, "jangan naik angin" degus hatiku pada diriku sendiri. Aku menarik nafas panjang dan meneruskan langkah. Sampai di bank, seperti jangkaan ku, orang belum beratur panjang sebab masih awal.

Sampai giliran ku ke kaunter, aku menghulur kad bank dan memaklumkan staff yang kelihatan sangat muda, bahawa kad tersebut telah di block. Aku menjeling pada staff senior yang sedang tekun menjalankan tugas di meja beliau, ku katakan senior sebab sangat ketara tua nya dari staff yang sedang melayani ku di kaunter. Staff muda tersebut terus mencapai telefon dan call security department yang berpusat entah di mana, di head ofiice barangkali tapi tidak ku ketahui di mana. Ahhh biarlah di mana, janji settle problem ku. Lama juga beliau bercakap di talian, kemudian beralih pandangan pada ku dan bertanya kan passport ku. Ku hulurkan padanya seperti diminta. Kemudian dia meneruskan cakap ditalian yang tidak ku tahu butir bicaranya. Aku sabar menanti. Staff tua tadi terpaksa membuka satu lagi kaunter kerana orang sudah mula ramai Q, sedangkan staff muda masih belum settle dengan ku.

staff muda bertanya dari mana datangnya duit yang ada dalam akaun ku. Aik... nak jer aku jawab "saya jual dadah" tapi, sabar2... aku jawab "got it from families". Dia bercakap lagi ditalian memaklumkan jawapan ku kepada hamba Allah di sebelah talian. Kemudian dia berkata lagi, "we need the statement to prove where it from" Aku mula geram. Dari mana nak datangnya statement kalau duit itu ditransfer dari sebelah sana dunia. Aku kata tiada statement. Jawabnya "if you cant prove a statement, we cant do anything" Aku menjawab dengan nada tegas "how can i prove a statement if it was transfer from my back home, the statement is there, not here" Staff tersebut menjawab "then you need to ask your famili to email or fax you the statement and bring it here to prove" Aku bertanya "will you accept it from the email or fax, it wont be the original" Staff muda tersebut menjawab "we maybe can accept it, i cannot guarantee you". huhhhhhhhh kalau belum tentu dia akan terima dr email then buat apa aku perlu bersusah payah mengusahakannya.

Staff tua mula campur tangan dengan berkata "you better go home and provide us with the statement or we cant do anything". Aku menjawab dengan nada lebih tegas "give me money to go home" staff muda berkata "we cant give you any money". Isk.. geram tapi masih boleh bersabar. "i wont go anywhere if you dont activate my card, i have no cash to live on". Aku sempat jeling pada Q yang panjang, semua memerhatikan ku yang sedang melakonkan watak berang ku di kaunter. Aku geram dan menjawab "i have accounts with you for almost 3 years and you block the card as you wish, everything is on the screen in front of you, check it, check as you need, what and which transaction that wonders you, please check!!" Dengan nada geram aku meninggikan suara tanpa menghiraukan mata2 yang galak memandangku tika itu.

Staff tua itu juga mula geram pada ku kerana kedegilan ku "we need to serve other people, could you please wait at the back and we come back to you later". Aku jawab, "NO! I wont go anywhere, settle my problem or i will be here the whole day". HUhhhhh.... habis sudah sabar yang ku simpan sedari tadi. Aku kena tegas dalam soal ini, jika tidak aku akan kembali kosong, tanpa duit dengan kad masih di block. Aku sungguh tidak faham, kenapa perlu statement kalau duit itu ditransfer dari luar negara. Ini bukan kali pertama aku menerima transfer, sudah berpuluh2 kali, tapi kenapa kali ini tetiba problem ini datang.

Staff muda masih terkebil2 memandangku, tidak tahu dan agak takut2 melihat suasana tegang tersebut. Aku kata lagi "you block my accounts when i was 100miles away from home without cash, is that the way you treat customers??". "Now tell me what is the problem? I received cash from home and you see from the statement on the screen, is that a lot of money? (sengaja aku tekan kan suara bila berkata is that a lot of money, sebab bagi ku duit sebanyak itu, tidak banyak mana pun, yang nk jadi problem sampai nak block sangat tuh, geram!!!). Staff tua sudah ambil alih, dia check accouns aku dan berbincang dgn staff muda. Kemudian staff muda mendail lagi kepada security department. Aku menjeling manusia yang sedang Q, ada yang sempat senyum2 pada ku, aku buat derk, malas menambah geram hati, kan tak pasal2 glamer aku kat situ.

Tiba2 staff muda menyuruh aku masuk kan kad ku pada slot mesin pengesahan kad, kemudian bertanya berapa jumlah duit yang aku perlukan. Beliau kemudian senyum pada ku dan memberitahu kad ku sudah di aktifkan kembali, sambil menghulur cash yang dikeluarkan. Aku tersenyum lega sambil mengucapkan terima kasih. Terdetik juga di hati ku.. aik itu saja.. semudah itu block kad org, semudah itu juga settle kan nyer? Huhhh.... memang nasib la nak kena pada aku agaknya. Bukan ada apa2 problem pun cuma aku memang terpilih untuk diuji. Sepanjang perjalanan balik ke GRI ligat otak ku berfikir, sebenarnya ini ujian dari ALlah, sebagai penghalang kepada ku untuk membeli Rav4 tersebut. Aku tahu aku tidak ada apa2 problem dengan pihak bank, tidak pernah sebelum ini aku ada apa2 problem.

Sampai di GRI aku melepaskan lelah di kerusi sambil termenung di depan pc ku. Tiba2 teringat janjiku untuk memaklumkan seller mengenai hal ini. Aku terus mencapai telefon dan menulis text "Hi,i was sick yesterday so didnt contact you. I just settled with the bank but sorry to cancel the Rav4 agreement.Too upset with the way being treated over my own money". Button send ku tekan dan..huuuuuuuuuuuuhhhh leganya terasa sebab sudah aku leraikan kekusutan yang melanda. Tiada lagi terikat dengan apa2 problem, now masa untuk focus kembali pada study yang sudah 2,3 hari ku tinggalkan. Bye Rav4, kau bukan ditakdirkan untuk ku, walau sebesar mana usaha ku untuk mendapatkan mu, tapi jika planning ku tidak sama dengan planning Allah, kau bukan terbaik dan pastinya tak akan menjadi milik ku... apakah kuasa yang ada pada diri manusia? kalau benda sekecil inipun tiada kuasa dalam tangan manusia untuk menentukannya, bagaimana harus seorang manusia merasa hebat dan bangga dengan dirinya. sungguh tidak layak seorang manusia melangkah dengan langkah sombong diri, bangga diri, merasa hebat, merasa kuat, apatah lagi merasa ada kuasa untuk dia menentukan segala sesuatu dalam kehidupan... sungguh tiada daya upaya melainkan dengan izin Mu ya Allah... aku redha atas segala ketentuan yang kau berikan pada ku kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi...

Friday, August 19, 2011

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA - 4

Aku dikejutkan oleh deringan yang panjang dari mobile, number seller kereta tertera di screen. Aku jeling pada jam di dinding, 2 petang, ohhhh lamanya aku tido. Deringan mobile aku biarkan berhenti sendiri. Aku merangkak bangun, mencapai towel dan perlahan2 melangkah ke toilet. Peningnya akibat dari tido yang terlalu lama. Perut ku sempat memainkan lagu cindai memberi isyarat minta diisi. Lama aku di toilet, membiarkan diri di bawah pancutan air panas sambil otak ligat berfikir tentang peristiwa yang berlaku semalam. Badan terasa segar kembali selepas menghabiskan makanan yang tersisa dan menghirup nescafe panas. Aku duduk memeluk lutut di tepi jendela di flat 1 bilik yang ku sewa sendirian di bumi asing ini. Terhibur melihat pelbagai ragam manusia di luar sana, masing2 sibuk dengan urusan peribadi sendiri tanpa menghiraukan manusia sekeliling. Inilah watak2 kehidupan di dunia sementara ini.

Aku mengalih tumpuan kepada problem yang sedang ku alami. Kad bank ku masih di block, tadi ku memeriksa stok makanan di dalam fridge, hanya tinggal 2,3 ketul ayam, sayur dan buah tiada langsung. Cash ku pun hanya tinggal beberapa keping saja lagi, tak cukup untuk seekor ayam. Lebih parah minyak kereta ku pun tidak banyak tersisa, itu yang ku ingat sebelum aku berpemergian semalam dengan train. Ahhhhhhhh semuanya sudah kekeringan, aku perlu cash untuk top up semua keperluan. Hari ini tidak mengapa, akan ku habiskan ayam yang ada, esok pagi aku akan ke bank sebaik bank memulakan operasi. Itulah planning ku.

Kemudian aku mengalihkan pula fikiran kepada peristiwa semalam. Kenapa? Kenapa semua itu terjadi? Aku sudah berusaha pergi ke sana, spent masa, tenaga, duit, untuk kereta yang aku minati, yang selama ini aku aim dengan harapan bakal memiliki. Sebelum ke sana lagi aku sudah spent masa mencari info2 berkaitan dengan kereta tersebut, supaya aku sedikit berilmu untuk berhadapan dengan segala kemungkinan ragam kereta atau seller. Apabila aku sudah buat decision, kenapa Allah bagi halangan sebegitu. Aku yakin, jika ada sesuatu halangan, bermakna itu bukan terbaik untuk ku. Hati ku mula tenang memikirkannya. Ya, itu halangan dari Allah, kerana aku sentiasa berdoa, moga ALlah permudahkan segala urusan ku, dan jika sebaliknya aku bermohon moga Allah datangkan halangan dalam apa cara dan bentuk sekali pun.

Aku beristiqfar berkali2, mohon keampunan dan petunjuk Allah. Hatiku kembali diresapi ketenangan. Aku semakin yakin, apa yang terjadi itu adalah yang terbaik dari Allah, untuk ku. Cuma aku yang buta mata dan hati tidak dapat menerimanya ketika berada dalam keadaan amarah semalam. Ya Allah, malunya aku kerana berkelakuan jelik di hadapan staff bank tersebut semalam. Aku bukan saja menjatuhkan maruah ku, tapi lebih parah lagi, sebagai wania muslim yang bertudung, aku menjatuhkan maruah islam di mata non-muslim. Aku beristiqfar lagi berkali2, menginsafi kesalahan dan dosa yang telah terpalit dek nipisnya iman yang membaluti diri. Bagaimana merasa diri baik dan bagus bilamana pantang datang ujian, maka melatah lebih hebat dari ujian itu sendiri. Ya Allah, keciknya aku berbanding ujian Mu yang sentiasa menang ke atas ku.

Wednesday, August 17, 2011

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA - 3

Lama aku meneliti setiap inci body Rav4 tersebut, beberapa kali tawaf untuk mencari cacat celanya. Puashati!! body nya cantik, tiada calar. Aku tersenyum puas. Aku perhatikan tayarnya, hmmm besarnya, saiz 17, jenuh aku nak tukar nih, getus hati sendirian. Tayarnya sudak separuh habis, dari amatan kasar dan dengan ilmu cetek ku tentang kereta. Setelah beberapa ketika, aku melangkah masuk ke dalam office tempat tersebut. Aku minta melihat Rav4 dan test drive. Kunci di bawa, jadi penelitian ku diteruskan ke bahagian dalam kereta. Uhhhhhhhhh kenapa agak lasak? Aku agak kecewa melihat bahagian dalamnya. Rav4 tersebut tahun 2006, jadi sepatutnya masih dikira baru dan dengan mileage nya yang agak rendah, tidak ku sangka selasak itu di bahagian dalam nya. Banyak calar2 di serata tempat.

Kemudian beralih ke bahagian enjin. Segalanya diteliti setakat yang aku tahu seperti yang telah di list oleh si dia. Setelah berpuashati dengan keadaan enjin, aku di bawa untuk test drive. Ya, pemanduan nya ok2 saja, sebab mileage nya ok, begitu menurut fikiran ku. Cuma yang aku tak puashati ialah conditions dalamnya. Aku minta diberi masa memikirkannya, lalu seller meninggalkan aku sendirian bersama RAv4 tersebut. Ahhhhhhhhh macamana ni. Bahagian luar semua ok kecuali tayar sudah sedikit haus, mileage ok, tahun ok, harga pun boleh di kira ok berbanding kereta yang sama di tempat lain. Cumanya yang agak terkilan, calar2 di bahagian dalamnya, agak banyak. Setelah agak lama, aku telah ada keputusan, lalu aku melangkah ke office mencari seller. Aku minta diskaun, cuma diberi roadtax untuk 4 bulan dan tolak harga 90. Itu saja.. Memandangkan jauh perjalananku untuk kembali ke rumah, aku malas berfikir panjang2 lagi terus bersetuju.

Urusan seterusnya ialah tukar nama di V5, beli insurance untuk 1 hari, keluarkan resit, seketika kemudian segalanya telah selesai. Sampai masa bayaran dibuat, aku menggunakan visa debit. Cubaan pertama.. gagal.. ahhhh kenapa ni... cubaan kedua juga gagal.. akhirnya seller called bank dan minta aku bercakap dengan bank. Lama aku di talian untuk settle kan hal payment. Aku tidak faham kenapa payment disekat sedangkan aku berjaya menjawab semua soalan yg ditanya. Dari jam 12 tghri hingga ke jam 2.30ptg bayaran masih gagal dibuat. Akhirnya seller agak marah dengan bank, beliau bertanya apa problems tapi demi menjaga security pelanggan pihak bank refused untuk bercakap dengan seller. Pihak bank di talian minta aku ke branch di kawasan itu. Dengan rasa bengang aku dan seller ke branch dengan harapan segalanya boleh diselesaikan dengan mudah. Perjalanan ke bank cuma mengambil masa 10 minit tapi amat jauh ku rasakan sebab badan sudah kepenatan, lapar, dahaga, stress, tension semua sudah bercampur2.

Sampai di bank kami terus ke kaunter dan explained the situation. Kerani di kaunter segera melihat akaun aku dan membuat panggilan ke bahagian security. Kemudian aku di panggil masuk ke bilik, soal siasat di jalankan. Aku kebingungan, apa hal semua ni, kenapa sampai begitu sekali sukarnya menggunakan duit sendiri. Aku mula meradang tapi masih dapat menahan diri. Aku cuba cool dan menjawab segala pertanyaan. Beberapa kali juga kerani tersebut bertanyakan soalan kemudian kembali ke kaunter bercakap dengan pihak security bank di talian, kemudian kembali kepada ku. Sehinggalah beliau datang dan memberitahu keputusan, payment tidak akan diteruskan katanya. Aku meradang tanpa dapat ditahan2 lagi. "Rubbish.. rubbish.." aku melontar marah dengan muka merah dan mata menyala2.. "This is rubbish, i will close my account with you. Ive been treated like a thief over my own money". Kerani itu cepat2melarikan diri melihat aku yang menyinga. Aku kembali kepada seller yang menanti di luar, dia terkejut melihat muka ku yang merah menahan kemarahan. Aku ceritakan apa yang terjadi. Dia menggeleng2 kan kepala tanda tidak setuju dan tidak faham kenapa begitu. Kami berjalan ke kereta sambil discuss apa options yang ada.

Aku tidak mampu berbuat apa lagi, akaun ku sudah di block. Aku kena kembali ke branch di mana akaun aku di buka dulu dan menyerahkan passportku. Aduih... kenapa sampai begitu sekali. Kepala ku berpusing2 sepanjang perjalanan menuju ke kereta. Lemah longlai badan ku. Letihnya bila kemarahan naik sampai ke kepala. Aku minta seller menghantar ku ke train station sambil berjanji akan menghubunginya apabila kes dengan bank telah selesai. Dia juga berjanji akan menyimpan Rav4 tersebut selama 3 hari untuk ku. Aku tidak membeli return tiket kerana sangka ku aku akan drive balik ke tempatku. Sebaliknya yang terjadi, maka nya terlalu mahal harga train ticket yang perlu aku bayar pada hari itu. Perjalanan balik tersebut sangat meletihkan, sangat2 meletihkan. Aku bangun seawal 4.30 pagi dan seawal 6 pagi sudah di jalanan. Tanpa makan dan minum sepanjang hari, amat meletihkan ku. Nasib baik juga aku cuti2 malaysia tika itu, jadi tidak lah kalut dengan solat.

Di dalam train marahku masih belum reda. Sepanjang perjalanan masih membuak2 kemarahan kepada bank. Sesaatpun tidak mampu aku melelapkan mata sepanjang 3 jam setengah perjalanan balik itu. Selepas membayar harga tiket, tiada note yang tersisa di dalam dompet ku, yang ada hanya beberapa coins, lepaslah nak bayar tambang bus dari train station ke rumah nanti. Ahhh.. macamana ni, card dah kena block, cash tak ada, aku mula rungsing. Sampai di train station terakhir di tempat ku, aku ke cash machine, mana tahu kot2 nasib baik, aku cuba withdrew 20, failed.. ahhhhh aku bengang, sangat bengang.

Sampai di rumah aku terus merebahkan diri, letihnya detik hati ku. Tersangat letih dan tersangat lapar, tapi sungguh tidak terdaya nak ke dapur. Aku berehat agak lama, memejamkan mata dengan hati yang bungkam, kecewa, sangat kecewa, hari yang teruk dalam hidupku. Segala yang berlaku datang silih berganti ke benak ku yang letih. Selepas 2 jam baru aku bangun dengan kemalasan, menukar pakaian dan melihat rezeki yang tersisa di dapur. Setelah makan seadanya saja, aku merebahkan diri kembali.

Beratnya kepala, beratnya mahu membuka mata.. ahhh aku kesiangan, sudah pukul 11 pagi.. badanku terasa sakit2, aku menyentuh dahi, ohhhh panas, aku demam rupanya. Aku kembali memejam mata dan terlena.

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA - 2

Sepatutnya aku happy kerana idaman hati sudah ditemui, tapi entah kenapa hati dan fikiran ku kosong. Kerananya aku jadi tidak keruan, lalu dinda ku di tanahair ku hubungi, bertanya pendapat, seperti biasa bila aku keliru atau berada di persimpangan. Ku katakan pada Mas, segala yang ku impikan sudah ada pada kereta itu, packagenya lengkap seperti diingini. Tapi entah kenapa aku rasa kosong, hingga tidak mampu planning dan buat decision. Setelah berdiscuss beberapa ketika, aku kembali termenung. Akhirnya aku nekad untuk pergi view kereta tersebut. Sekurangnya aku bagi peluang pada diriku untuk membuat decision terbaik nanti. Walaupun bertekad untuk bertemu seller, aku masih dalam kekosongan sehingga tiada persediaan untuk perjalanan jauh yang harus ditempuh. Kebiasaan ku, pasti aku akan planning dari sekecil perkara sehingga sebesarnya. Akhirnya aku bangun lebih awal dari kebiasaan di satu pagi. seawal 6 pagi sudak terpacak di tepi jalan menunggu cab yang akan menghantarku ke train station. Tidak pernah aku ke mana2 dengan train tanpa membeli tiket secara online, itu lebih aku sukai kerana dapat budget masa perjalanan etc. Tapi kali ini, kerana kosongnya hati dan fikiran, aku melompat naik ke dalam train jam 6.30 pagi tanpa tiket, ahhhhhh beli jer atas train walaupun lebih mahal, itulah yang aku lakukan.

Perjalanan 3 jam setengah dan dengan pertukaran train sebenyak 3 kali di station yang berbeza, akhirnya aku sampai ke destinasi. Mata meliar memerhati kereta yang tersusun rapi. Agak banyak kereta yang semuanya "hebat" dan mahal harganya. Di bahagian hadapan deretan kereta aku ternampak ML yang masih aku minati. Wahhhhhh hebatnya, model baru, getus hati ku sambil mata tak lepas memandangnya... tiba2 terpandang harga huhhhhhh lebih 20k!!! Dengan longlai meninggalkan kereta yang hanya layaknya masuk ke dalam mimpi tika lena. Aku menyusup masuk ke bahagian belakang sambil memerhai setiap kereta yang dilepasi. Akhirnya mata terpaku pada Rav4. Ya, itulah dia, bisik ku sambil tersenyum melerek bak kerang busuk..

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA

Beberapa minggu saja lagi maka genaplah 3 tahun aku menjadi musafir di bumi asing ini, menjadi pejuang kecil dalam pencarian ilmu. Kedengarannya 3 tahun itu satu tempoh yang lama, tapi dalam menuntut ilmu di tahap ini, 3 tahun terasa sangat singkat tempohnya, seolah tiada apa2 ilmu yang berjaya ku kutip sehingga ke hari ini. Betapa kecilnya diri ini dan betapa luasnya ilmu Allah, andai di hambakan diri hanya mencari ilmu selama hidup pun tidak akan mungkin terusik ilmu Allah yang maha luas.

Apabila sudah berada di tahun keramat ini, selain pertanyaan sudah berapa bab berjaya ditulis, pertanyaan biasa yang lain ialah, sudah beli kereta kah? atau bila nak beli kereta? Kata2 nasihat percuma senior2 akan kedengaran, "boleh lah usha2 kereta, dah sesuai beli sekarang, kena simpan minimum 9 bulan atas nama kita di sini baru boleh bawa balik nnt"... hmmmmmm..... termakan juga dengan kata2 mereka, apatah lagi aku memang minat "usha" kereta. Apabila terasa mengantuk atau mengantuk dijadikan alasan, maka motors.co atau ebays atau auto traders pasti pilihan ku untuk dilayari hampir di kebanyakan masa terluang. Asyiknya melayan minat melihat kehebatan kereta2 yang tersenarai, kekadang membuat ku "ralit" hingga terbabas dari masa yang diperuntukkan untuk "berehat sekejab" dari articles atau chapters yang sedang dicanai.

Minat ku lebih kepada 4x4, segala jenama 4x4 akan ku tatap. ML mmg sgt hebat tapi tersangat mahal, sangat jauh dari kemampuan, jadi sekadar menjeling2 sahaja kepada ML, kalau adapun yg "agak murah" tapi mileage nya sudah tersangat tinggi. "Tidak sesuai" di bawa belayar jauh beribu batu, jadi ML tutup buku. X5 juga hmmmm gah dan hebat seperti ML, tapi bukan untuk ku, getus hati ku... tak sesuai untuk pompuan melayu terakhir haha... tergelak sendirian tatkala melihat body gah X5. XC70 pulak tak cantik sbb estate, XC90 7 seaters tak sesuai untuk ku... harganya juga boleh tahan, boleh buat ku melelong kalau terjatuh cinta dengan mana2 satu yang telah terlist di atas.

Ukur baju di badan sendiri, maka nya ku berpaling kepada 4x4 keluaran negara di sebelah sana dunia pula. CRV memang hebat tapi yang ku berkenan cuma new shape dari tahun 2007. Harga untuk kereta se baru 2007 masih tersangat tanggi, tambahan pula harga kereta keluaran negara sana akan dikenakan tax yang tinggi apabila memasuki negara ini. Jadi harganya sgt2 boleh "tahan" untuk kereta tahun 2007 ke atas. uhhhhhhhhh... sabar sajalah...itulah yang terdetik setiap kali melewati parking kereta di uni tempat ku belajar, kerana ada satu CRV yang sentiasa setia di parking di situ.. cantiknya... mataku tak akan terlepas pandang pada kehebatan binaan nya... pernah aku berpusing dua tiga kali CRV tersebut sambil mata tidak berkelip menatapnya. kalau ada mata2 mencuri pandang pasti tergelak melihat telatah ku. Ahhhh biarlah orang nak gelak, janji puas hati dapat melihat walaupun tidak dapat memiliki.

Aku pernah bertanya pendapat seorang kawan lelaki yang juga minat pada kereta. Aku tanya ok kah grand vitara. Jawab beliau, "tak payahlah vitara, lembut!" Aku terdiam mendengar kata2nya. Aku tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan perkataan "lembut" tersebut, tapi tidak pula aku mengusul tanya, aku biarkan persoalan itu berlegar2 di benak ku sendirian. Apabila aku terpandang vitara pada screen laptop ku, aku tersenyum dan terkeluar perkataan "lembut" dari mulutku. Otak ku menerawang jauh mencari maksud lembut dari sudut kereta. Tiba2 terlintas di fikiran ku, apakah lembut vitara ini ibaratnya lembut lelaki aw berbanding lelaki normal yang lain. Hish, aku cepat2 menepis fikiran karut tersebut dari kotak fikiran ku. Jaga minda, getus hati ku mengingatkan agar tidak terbabas dari boundaries yang sepatutnya.

Akhirnya nafsu kereta ku, aku turunkan lagi tahapnya kepada hanya meminati Rav4. tapi problem yang sama ku hadapi, hanya new shape bermula tahun 2006 saja yang ku minati. Rav4 tahun2 sebelumnya "sangat tidak cantik" di pandangan mata ku.. ahhh banyak la cikadak hampa.. getus hati ku... tapi cinta tidak boleh dipaksa, begitu juga cinta ku pada shape2 kereta ini.. tidak mampu aku membuka hati untuk jatuh cinta pada shape2 yang kurang menarik dari amatan ku. Tersenyum sendirian memikirkan soal hati. Banyak persoalan hati belum terjawab. Biarlah dulu, sekarang fokus pada kereta, nak yang mana ni..tersenyum lagi dengan bisikan hati. Amboi, macamlah tebal sangat modal nak suka2 pilih sekehendak hati. Walaupun aku tahu kepentingan kereta apabila kembali ke tanah air nanti, tapi memiliki kereta dari sini bukan lah impian utama. Kalau kembali tanpa kereta pun aku tidak kesah, balik nnt cekup jer mana2 kereta yang ada. kerana bagi ku, kereta ialah untuk kegunaan, bukan nanti kereta menjadi beban. So ada tak ada, dapat tak dapat, sikitpun aku tak kesah. Cuma minat yang melebihi keinginan memiliki. Minat melihat dan mengambil tahu mengenai kereta.

Kerana asyik melayari internet mencari kereta, akhirnya mata terpaku pada satu Rav4 yang harganya agak boleh tahan. dengan mileage yang boleh dikata rendah untuk 4x4, new shape seperti yang ku minati, seolah package lengkap sudah ada pada kereta yang baru ku temui. Ahhhh.... tergezut pada satu lagi info Rav4 tersebut. Plate kereta itu hampir sama dengan kereta yang sedang ku guna sekarang ini, cuma tukar satu huruf dihadapan. Inikah ditakdirkan untuk ku? tertanya2 aku sendirian. Lama juga mengambil masa meneliti segala info yang diberikan seller. 2,3 hari juga berfikir2 segala kemungkinan. Akhirnya aku mengambil keputusan menghubungi seller. Email ku type dan ku send. Tak lama kemudian, mobile berdering. Seller menghubungi ku. Lalu aku mengambil peluang bertanya2 lagi. Aku akan menghubungi seller kembali jika berminat untuk melihat kereta tersebut. 2,3 hari selepas itu aku kerisauan, apa patut aku buat.. ahhhhhhhhhhh.... gangguan hati... jiwa kacau... aku tidak ada instinct mengenai kereta ini, jadi agak sukar membuat keputusan. Aku sangat bergantung pada instinct, tapi kali ini segalanya kosong...