Friday, August 19, 2011

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA - 4

Aku dikejutkan oleh deringan yang panjang dari mobile, number seller kereta tertera di screen. Aku jeling pada jam di dinding, 2 petang, ohhhh lamanya aku tido. Deringan mobile aku biarkan berhenti sendiri. Aku merangkak bangun, mencapai towel dan perlahan2 melangkah ke toilet. Peningnya akibat dari tido yang terlalu lama. Perut ku sempat memainkan lagu cindai memberi isyarat minta diisi. Lama aku di toilet, membiarkan diri di bawah pancutan air panas sambil otak ligat berfikir tentang peristiwa yang berlaku semalam. Badan terasa segar kembali selepas menghabiskan makanan yang tersisa dan menghirup nescafe panas. Aku duduk memeluk lutut di tepi jendela di flat 1 bilik yang ku sewa sendirian di bumi asing ini. Terhibur melihat pelbagai ragam manusia di luar sana, masing2 sibuk dengan urusan peribadi sendiri tanpa menghiraukan manusia sekeliling. Inilah watak2 kehidupan di dunia sementara ini.

Aku mengalih tumpuan kepada problem yang sedang ku alami. Kad bank ku masih di block, tadi ku memeriksa stok makanan di dalam fridge, hanya tinggal 2,3 ketul ayam, sayur dan buah tiada langsung. Cash ku pun hanya tinggal beberapa keping saja lagi, tak cukup untuk seekor ayam. Lebih parah minyak kereta ku pun tidak banyak tersisa, itu yang ku ingat sebelum aku berpemergian semalam dengan train. Ahhhhhhhh semuanya sudah kekeringan, aku perlu cash untuk top up semua keperluan. Hari ini tidak mengapa, akan ku habiskan ayam yang ada, esok pagi aku akan ke bank sebaik bank memulakan operasi. Itulah planning ku.

Kemudian aku mengalihkan pula fikiran kepada peristiwa semalam. Kenapa? Kenapa semua itu terjadi? Aku sudah berusaha pergi ke sana, spent masa, tenaga, duit, untuk kereta yang aku minati, yang selama ini aku aim dengan harapan bakal memiliki. Sebelum ke sana lagi aku sudah spent masa mencari info2 berkaitan dengan kereta tersebut, supaya aku sedikit berilmu untuk berhadapan dengan segala kemungkinan ragam kereta atau seller. Apabila aku sudah buat decision, kenapa Allah bagi halangan sebegitu. Aku yakin, jika ada sesuatu halangan, bermakna itu bukan terbaik untuk ku. Hati ku mula tenang memikirkannya. Ya, itu halangan dari Allah, kerana aku sentiasa berdoa, moga ALlah permudahkan segala urusan ku, dan jika sebaliknya aku bermohon moga Allah datangkan halangan dalam apa cara dan bentuk sekali pun.

Aku beristiqfar berkali2, mohon keampunan dan petunjuk Allah. Hatiku kembali diresapi ketenangan. Aku semakin yakin, apa yang terjadi itu adalah yang terbaik dari Allah, untuk ku. Cuma aku yang buta mata dan hati tidak dapat menerimanya ketika berada dalam keadaan amarah semalam. Ya Allah, malunya aku kerana berkelakuan jelik di hadapan staff bank tersebut semalam. Aku bukan saja menjatuhkan maruah ku, tapi lebih parah lagi, sebagai wania muslim yang bertudung, aku menjatuhkan maruah islam di mata non-muslim. Aku beristiqfar lagi berkali2, menginsafi kesalahan dan dosa yang telah terpalit dek nipisnya iman yang membaluti diri. Bagaimana merasa diri baik dan bagus bilamana pantang datang ujian, maka melatah lebih hebat dari ujian itu sendiri. Ya Allah, keciknya aku berbanding ujian Mu yang sentiasa menang ke atas ku.

No comments:

Post a Comment