Wednesday, August 17, 2011

Tiada daya upaya melainkan dengan izin NYA

Beberapa minggu saja lagi maka genaplah 3 tahun aku menjadi musafir di bumi asing ini, menjadi pejuang kecil dalam pencarian ilmu. Kedengarannya 3 tahun itu satu tempoh yang lama, tapi dalam menuntut ilmu di tahap ini, 3 tahun terasa sangat singkat tempohnya, seolah tiada apa2 ilmu yang berjaya ku kutip sehingga ke hari ini. Betapa kecilnya diri ini dan betapa luasnya ilmu Allah, andai di hambakan diri hanya mencari ilmu selama hidup pun tidak akan mungkin terusik ilmu Allah yang maha luas.

Apabila sudah berada di tahun keramat ini, selain pertanyaan sudah berapa bab berjaya ditulis, pertanyaan biasa yang lain ialah, sudah beli kereta kah? atau bila nak beli kereta? Kata2 nasihat percuma senior2 akan kedengaran, "boleh lah usha2 kereta, dah sesuai beli sekarang, kena simpan minimum 9 bulan atas nama kita di sini baru boleh bawa balik nnt"... hmmmmmm..... termakan juga dengan kata2 mereka, apatah lagi aku memang minat "usha" kereta. Apabila terasa mengantuk atau mengantuk dijadikan alasan, maka motors.co atau ebays atau auto traders pasti pilihan ku untuk dilayari hampir di kebanyakan masa terluang. Asyiknya melayan minat melihat kehebatan kereta2 yang tersenarai, kekadang membuat ku "ralit" hingga terbabas dari masa yang diperuntukkan untuk "berehat sekejab" dari articles atau chapters yang sedang dicanai.

Minat ku lebih kepada 4x4, segala jenama 4x4 akan ku tatap. ML mmg sgt hebat tapi tersangat mahal, sangat jauh dari kemampuan, jadi sekadar menjeling2 sahaja kepada ML, kalau adapun yg "agak murah" tapi mileage nya sudah tersangat tinggi. "Tidak sesuai" di bawa belayar jauh beribu batu, jadi ML tutup buku. X5 juga hmmmm gah dan hebat seperti ML, tapi bukan untuk ku, getus hati ku... tak sesuai untuk pompuan melayu terakhir haha... tergelak sendirian tatkala melihat body gah X5. XC70 pulak tak cantik sbb estate, XC90 7 seaters tak sesuai untuk ku... harganya juga boleh tahan, boleh buat ku melelong kalau terjatuh cinta dengan mana2 satu yang telah terlist di atas.

Ukur baju di badan sendiri, maka nya ku berpaling kepada 4x4 keluaran negara di sebelah sana dunia pula. CRV memang hebat tapi yang ku berkenan cuma new shape dari tahun 2007. Harga untuk kereta se baru 2007 masih tersangat tanggi, tambahan pula harga kereta keluaran negara sana akan dikenakan tax yang tinggi apabila memasuki negara ini. Jadi harganya sgt2 boleh "tahan" untuk kereta tahun 2007 ke atas. uhhhhhhhhh... sabar sajalah...itulah yang terdetik setiap kali melewati parking kereta di uni tempat ku belajar, kerana ada satu CRV yang sentiasa setia di parking di situ.. cantiknya... mataku tak akan terlepas pandang pada kehebatan binaan nya... pernah aku berpusing dua tiga kali CRV tersebut sambil mata tidak berkelip menatapnya. kalau ada mata2 mencuri pandang pasti tergelak melihat telatah ku. Ahhhh biarlah orang nak gelak, janji puas hati dapat melihat walaupun tidak dapat memiliki.

Aku pernah bertanya pendapat seorang kawan lelaki yang juga minat pada kereta. Aku tanya ok kah grand vitara. Jawab beliau, "tak payahlah vitara, lembut!" Aku terdiam mendengar kata2nya. Aku tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan perkataan "lembut" tersebut, tapi tidak pula aku mengusul tanya, aku biarkan persoalan itu berlegar2 di benak ku sendirian. Apabila aku terpandang vitara pada screen laptop ku, aku tersenyum dan terkeluar perkataan "lembut" dari mulutku. Otak ku menerawang jauh mencari maksud lembut dari sudut kereta. Tiba2 terlintas di fikiran ku, apakah lembut vitara ini ibaratnya lembut lelaki aw berbanding lelaki normal yang lain. Hish, aku cepat2 menepis fikiran karut tersebut dari kotak fikiran ku. Jaga minda, getus hati ku mengingatkan agar tidak terbabas dari boundaries yang sepatutnya.

Akhirnya nafsu kereta ku, aku turunkan lagi tahapnya kepada hanya meminati Rav4. tapi problem yang sama ku hadapi, hanya new shape bermula tahun 2006 saja yang ku minati. Rav4 tahun2 sebelumnya "sangat tidak cantik" di pandangan mata ku.. ahhh banyak la cikadak hampa.. getus hati ku... tapi cinta tidak boleh dipaksa, begitu juga cinta ku pada shape2 kereta ini.. tidak mampu aku membuka hati untuk jatuh cinta pada shape2 yang kurang menarik dari amatan ku. Tersenyum sendirian memikirkan soal hati. Banyak persoalan hati belum terjawab. Biarlah dulu, sekarang fokus pada kereta, nak yang mana ni..tersenyum lagi dengan bisikan hati. Amboi, macamlah tebal sangat modal nak suka2 pilih sekehendak hati. Walaupun aku tahu kepentingan kereta apabila kembali ke tanah air nanti, tapi memiliki kereta dari sini bukan lah impian utama. Kalau kembali tanpa kereta pun aku tidak kesah, balik nnt cekup jer mana2 kereta yang ada. kerana bagi ku, kereta ialah untuk kegunaan, bukan nanti kereta menjadi beban. So ada tak ada, dapat tak dapat, sikitpun aku tak kesah. Cuma minat yang melebihi keinginan memiliki. Minat melihat dan mengambil tahu mengenai kereta.

Kerana asyik melayari internet mencari kereta, akhirnya mata terpaku pada satu Rav4 yang harganya agak boleh tahan. dengan mileage yang boleh dikata rendah untuk 4x4, new shape seperti yang ku minati, seolah package lengkap sudah ada pada kereta yang baru ku temui. Ahhhh.... tergezut pada satu lagi info Rav4 tersebut. Plate kereta itu hampir sama dengan kereta yang sedang ku guna sekarang ini, cuma tukar satu huruf dihadapan. Inikah ditakdirkan untuk ku? tertanya2 aku sendirian. Lama juga mengambil masa meneliti segala info yang diberikan seller. 2,3 hari juga berfikir2 segala kemungkinan. Akhirnya aku mengambil keputusan menghubungi seller. Email ku type dan ku send. Tak lama kemudian, mobile berdering. Seller menghubungi ku. Lalu aku mengambil peluang bertanya2 lagi. Aku akan menghubungi seller kembali jika berminat untuk melihat kereta tersebut. 2,3 hari selepas itu aku kerisauan, apa patut aku buat.. ahhhhhhhhhhh.... gangguan hati... jiwa kacau... aku tidak ada instinct mengenai kereta ini, jadi agak sukar membuat keputusan. Aku sangat bergantung pada instinct, tapi kali ini segalanya kosong...

No comments:

Post a Comment