Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri ku

1 Syawal... datang lagi dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Mu ya Allah kerana masih memberikan umur kepada ku untuk melalui satu lagi Ramadhan dan Syawal. Walaupun Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terbaik yang ku lalui. Semuanya gara2 lemahnya iman di dada, dek kerana panjangnya waktu berpuasa, aku jadi sangat lemah untuk meneruskan rutin seperti bulan2 yang lain. Sepatutnya di bulan penuh barakah ini, aktiviti ku pertingkatkan untuk mencari redha mu ya Allah. Tapi apakan daya diri, kebanyakan masa ku hanya di habiskan di atas tilam kerana lembeknya diri menghadapi Ramadhan.

Sebulan ini, sungguh study ku sangat teruk. Mujur juga supervisorku tiada di sini, jadi sepanjang bulan Ramadhan hanya satu meeting dengan beliau, itupun discuss tugas yang telah ku settlekan sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Akhirnya Ramadhan berlalu jua tanpa peningkatan ibadat seperti yang sepatutnya. Buktinya Quranpun tidak mampu ku khatam dalam bulan Ramadhan ini. Dengan bacaan yang tersekat2 mana mungkin ku habiskannya sepanjang bulan Ramadhan.. oh diri..

Syawal tiba tanpa memberi banyak makna.. entah.. hati terasa kosong.. berulang kali aku mainkan takbir raya dari youtube agar datang mood raya, tapi, masih kosong.. tidak mengapalah dengan mood raya memandangkan puasa pun tidak sehebat mana. Apa sangat nak dirayakan jika puasa tak capai tahap yang sepatutnya, sangat rendah level puasa dan ibadat ku tahun ini. Apakah akan berjumpa lagi dengan RAmadahn pada tahun2 mendatang, semua itu tiada jaminan, entah2 ajal menjemput sebelum sempat merasai ni'mat Ramadhan lagi.. alangkah ruginya aku tahun ini... apa yang aku kejar dalam hidup sementara ini? sedang mati itu bila2 masa akan menjengah tiba..

Oleh kerana mood raya ku tiada, makanya kedua2 rumah terbuka pada raya pertama tidak ku hadiri. Entah kenapa.. awal2 lagi bila email jemputan menghadiri rumah terbuka tersebut keluar, aku plan akan pergi, tapi bila tiba masanya, hatiku sangat berat, sangat berat dan tertutup rapat. Inilah problem diriku, sangat menurut kata hati. Firasatku tentang sesuatu perkara biasanya banyak yang betul dari silap, mengikut tafsiran ku sendiri, jadi, aku memilih mengikut firasat dalam kebanyakan perkara. Mungkin kerana begitu aku dididik sejak kecil oleh arwah ayah ku.

Masihku teringat, tika kecik2 dulu, jika hendak ke mana2 bersama famili, contohnya ke rumah saudara jauh, bila kami semua sudah berada dalam kereta hendak berangkat, kalau tiba2 ada sesuatu melintas di hadapan kereta, segera arwah ayahku akan berkata, "rumah kita nak pergi takde tuan, macamana, nak pergi atau masuk semula ke rumah?" selalunya kami akan memilih meneruskan perjalanan kerana semua sudah siap berpakaian, mood nak keluar lebih dari mood nak masuk semula ke rumah. Selalu yang terjadi, 99% memang tuan rumah takde di rumah bila kami sampai. Itulah kebiasaan nya, jadi kami akan melencong ke tempat lain, biasanya ke tepi pantai atau ke mana2 untuk berehat satu famili. Firasat arwah ayahku sangat kuat dan selalunya betul, jadi aku telah terdidik mengikut firasat dalam kehidupan seharian. Ayahda juga sangat hebat membaca airmuka orangg, jadi kami adik beradik memilih untuk tidak sekali2 berbohong jika ditanya apa soalan sekali pun, sebab jika berbohong sekalipun, arwah akan mengetahuinya, dari airmuka, dari sinar mata, itulah yang menakutkan kami 4 beradik.

Dua rumah terbuka pada hari pertama telah terlepas, bagaimana dengan hari2 seterusnya, tidak aku ketahui, tunggu dan lihat apa akan terjadi... kadang2 aku sendiri tidak faham dengan diriku, apa mahu ku, apa fikirku.. Di usia inipun, aku belum mengenali diri ku sendiri, bagaimana mahu mengenali orang lain.. yang pasti, aku sangat keras hati, kerana didikan ku juga agak keras. Apa sekalipun, aku harap aku tidak mencari redha manusia, sebaliknya redha Allah yang ku harapkan. Jika satu dunia redha kepadaku, tapi jika Allah tidak redha maka sia2 seluruh kehidupan ku. Sebaiknya ialah, Redha ALlah dan redha manusia, tapi dengan dunia hari ini yang melihat kepada kekayaan, pangkat dan darjat, apakah senang mendapat redha manusia jika kita tidak masuk kan diri kita sebaris dan seiringan dengan kehendak manusia? Akhlak, peribadi, sahsiah tidak lagi penting sebaliknya, bodek dan puji2an kepada manusia menjadi tiket untuk disukai. Sungguh aku bukanlah manusia yang cemerlang dalam pergaulan, sungguh aku tidak pandai bersosial, sungguh aku sentiasa tewas dalam khalayak ramai... aku hanyalah aku.. yang mencari redha mu ya Allah walau disisih seluruh isi alam

No comments:

Post a Comment