Tuesday, August 23, 2011

Kemaruk di bulan Ramadhan



Entah kenapa sejak awal berpuasa selera makan ku sedikit pelik kali ini. Sampai saja jam 4ptg, mula lah otak ku ligat berputar memikirkan hal2 berkaitan makanan saja. Segala makanan terbayang di mata, yang membuat perut ku berkeriuk riuh rendah menyanyikan macam2 lagu dan irama. Kecur liurku teringat kan pelbagai juadah menarik di bazar ramadhan di tanah air.. uhhhhhhh sedapnya murtabak, laksa, air tebu, ayam percik dan pelbagai lagi lauk dan kuih muih yang hanya perlu di tunjuk, kemudian dibungkus dan dibayar. Bila dalam keadaan selera memuncak, nafsu bergelojak, pantang lah aku keluar rumah tika itu, pasti segala jenis makanan yang aku sendiri pelik mcmn boleh ku capai dan bayar itu ku bawa pulang. Sampai ke rumah mula lah aku termenung panjang melihat brg2 yang ku heret pulang itu, bgmn nak ku habiskan sebab dengan keadaan malam yang pendek, sebenarnya tak mampu nak mkn byk2 tika berbuka, dan bila bersahur, perut masih penuh kerana sahur cuma 6jam selepas berbuka.

Bila ku ceritakan kemaruk makan ku pada adik ku yang juga berkelana di bumi asing, adik ku itu mengikut suaminya yang bekerja di Qatar sudah 4 tahun, jadi dia faham benar keadaan diriku yang kemaruk makan makanan malaysia. Dia kata bila kita sangat2 teringin makan makanan yang kita tak mungkin dapat, kita akan beralih kepada apa juga makanan untuk melampiaskan keinginan tersebut... huhu.. ada betul juga kata adik ku itu.



Memang pening dengan diri sendiri yang tersangat besar nafsu makan tika di bulan puasa ni, patut bulan puasa ni melatih diri dalam banyak perkara antara nya mengenai makan, ingat bagamana org2 miskin yang tidak mampu menikmati juadah2 enak sebagaimana kebanyakan org yg berkemampuan. tapi aku sebaliknya pula, tika bukan bulan ramadhan kadang2 payahnya nak masuk rezeki ke dalam mulut sebab tiada selera makan, tapi tika bulan puasa ni makin menjadi2 pula nafsu makan. Termenung aku mcmn boleh terbeli roti nan, padahal selalunya aku bukan peminat roti nan ni, dapat free sekali dengan karinya pun aku menolak. Ini aku terpaksa membayar harga roti nan yang aku tak tahu bila aku akan makan.



Silap2 roti nan tersebut akan ku hadiahkan kepada kwn pakistanku yg sememangnya peminat besar nan. Tak apalah, rezeki dia agaknya, baik diberi pada org dari dibuang2 tak berkat rezeki kalau asyik membazir. Satu pagi aku terbuka page resepi2 mknn traditional, uhhhhhh membuak2 keinginan menikmati mknn bangsa kita, makin ku hayati, makin kuat nafsu makan meronta2 dalam diri. Ku off laptop dan terus bersiap, huhu.. ku nak ke tesco mencari apa2 makanan yang boleh ku nikmati tika berbuka nanti. Pergi dalam keadaan nafsu makan memuncak adalah tindakan kurang cerdik ku pada hari itu.. sudahnya, ku bawa pulang 3 kek tesco yang aku tak tahu apa nak buat dengannya sebab aku bukan peminat kek pun!!! Waaaaaaaaaaaaaa apa sudah jadi pada ku... di mana kesabaran berpuasa yg sepatutnya menebal dalam diri, kenapa senangnya terhapus dek nafsu makan sahaja.



Selain benda2 semua, buah tak payah cerita lah, segala jenis buah ku angkut balik, limau, grape, apples, pisang, pears etc yang biasanya tidaklah ku minati sangatpun. Inilah bukti lemahnya iman di dada, teringin makan popia/karipap tapi di tukar dengan benda lain kerana tak mungkin di temui popia/karipap di sini. Selain buah yang tak tahan lama, syukur juga barang2 lain nya lama lagi nak expires jadi boleh lah di simpan sehingga habis ramadhan, harap tiada pembaziran yang ku lakukan. Stok ikan, ayam, sotong, udang, mussels, daging ku pun boleh bertahan untuk 2 bulan!!! penuh fridge ku dengan segala macam makanan hasil kegelojohan nafsu yang tidak aku kawal sepanjang bulan ramadhan ini. Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa juga yang terbaca, janganlah mengikut diriku yang tidak kuat iman ini. janganlah keberkatan bulan ramadhan ini di hapuskan dengan sikap buruk seperti aku ini. Sungguh aku berharap aku tidak membuang2 makanan yang banyak itu. Jika perlu diberi kepada kawan2, aku pasti akan bagi untuk mengelak pembaziran. Moga Allah ampuni kekurangan/kelemahan aku ini. Nekadku, seminggu lagi ramadhan, aku tak akan berbelanja walau satu sen pun, cukup dengan apa yang ada, bukan setakat cukup sebenarnya, sudah berlebihan dan melampau. Ya Allah, ampuni aku yang lemah ini...

No comments:

Post a Comment